Monday, 1 June 2015

Harapan

Takut letaknya tinggi
Kalau jatuh menyembah bumi
Sakit dia Tuhan saja tahu.

Friday, 29 May 2015

Solace.

Buat gagalis yang hatinya dihiris-hiris
Jangan pernah menangis
Tapi senyum manis
Masa depanmu masih belum terhakis
Carilah hikmah Tuhan walau secebis
Atur kisah hidup menarik hingga habis
Dan kau dinobat perintis.

Saturday, 9 May 2015

Satu

Satu,
Nombor teruja--
Nombor bertuah
Kekuatan aku

Dari Loh Mahfuz lagi
Aku hanya ada satu Tuhan
Tak ada lainnya Tuhan yang diucap sebagai Allah itu.

maka dengan itu
Tuhan benarkan aku
Turunkan ke dunia
Pada Masihi 1
Untuk mainkan peranan watak dalam satu kisah
Lahir kepada hidup kepada mati
Dalam satu plot masa biasa.

Mungkin takdir aku juga
Tuhan letak aku untuk jadi yang pertama
kepada insan istimewa
Ibu - abah.

Dahsyat Hebat sungguh
Kuasa Esa Tuhan
Dia temukan aku dengan satu persatu insan luar biasa
Sehingga bertemu satu cinta--
Bila berdua
Aku lupa dia--
Yang Maha Satu

Tapi Tuhan itu bijak
Sengaja Dia turunkan aku duga
Daripada dua
Aku Kembali satu
Belum sampai masanya aku bersatu
Belum

Kata orang
Satu ini lemah
Pada aku
Satu ini tabah

Hai. Assalamualaikum--
Sekarang aku masih satu
Di mana-mana
Mencari rezeki
Baik hiburkan diri sendiri--

Tapi menjadi satu
Tak halang aku unutk teruskan aksi
Dalam satu aturan Tuhan tentukan
Moga Tuhan tolong aku--

Sampai satu masa
Aku tetap satu
Kala soal bicara barzakh bermula
Moga Tuhan redha aku--



Sunday, 19 April 2015

Pencuri

Pernah dulu aku punya hati
dan bagi pada sorang ni untuk dijaga
tapi satu hari dia terlepas lalu pecah.
Aku kutip seorang
tangan aku berdarah-darah.
dia?
dia takut barangkali terus cabut lari.
tak apa. aku dah maafkan.
----------
kemudian aku cantum semula serpihan2 hati tu.
aku simpan elok2 supaya tak ada yang mengganggu sebab aku takut dia pecah lagi.
Sampai la satu hari
aku tengok hati aku dah tak ada.
sudah dicuri mungkin. pelik aku. takkanlah hati sebegitu rupa dengan calar balar tu diambil orang juga?
Kalau siapa jumpa si pencuri hati itu,
tolong--
tolong beritahu dia--
kalau tak suka tolong pulangkan balik..
Aku tak mintak apa-apa ganti rugi.
sebab aku tahu--
pasti akan ada yang sedia terima dan jaganya dengan baik. tolong ya.. 

-
-
-
-
-
-
 Sedang aku melihat bintang sambil menghitung berapa lagi impian yang aku tak capai, tiba-tiba lamunan aku terganggu dengan sapaan suara yang aku sangat kenal.
Aku toleh ke belakang. Wajah yang aku betul2 kenal menghadap aku tersenyum.
"Aku rasa kau tahu siapa pencuri hati kau..."
"Ah.. Kes aku tak boleh didakwa..." jawab aku hampa.
Lantas dia menampar aku sedar. Perit. Aku tergamam.
"Kau nampak tu?" sambil menunjuk ke arah pencuri itu. Pada tangannya.. hati aku yang..dah tak serupa hati tapi masih kekal terbentuk.
Dia bermain-main riang dengan hati itu. Aku pasti dia belum tahu sapa pemiliknya.
"Weh! Weh!" aku panggil dia. Suara aku bagai tak keluar. Tertindih dek fikiran & jiwa yang membelenggu.
"Awak! Awak kat sana!" jerit aku. Tangan aku terkapai2. Suara aku makin tersekat tiap kali aku menjerit namanya. Dia semakin menjauh sambil bawa pergi hati aku dgn girang dan tanpa rasa bersalah.
-----
"Awak kat mana? Awak awak kat mana?" *nyanyi gaya taufiq batishah*

-
-
-
-
-
-
Dari satu sudut taman, aku terkenang hati yang dicuri itu. Lama. Perasaan berbaur resah tapi... suka.
Aku lihat sekeliling dengan bunga2 indah. Cantik. Aku tersenyum sendiri.
Sedang aku amati suasana itu, mata aku tertumpu pada satu subjek yang terbiar.
Sepertinya ditinggalkan begitu. Terdampar.
Tanpa aku fikir panjang, aku berjaya mencapai.
saat aku sentuh, aku genggam aku jadi sebak.
Apa hinakah hati aku ditinggalkan sebegini rupa?
Aku perhati tiap2 sudut hati itu.
kondisinya... masih pada asal. Calar2 yang kekal tidak ada tokok tambah.
Tapi sekeliling ku bunga2 mekar bertukar layu dan sugul.
Aku jadi bingung. Bungkam. Diam.
-
-
-
Tak mengapa lah. Asalkan hati ini aku dapat semula.

Aku anggap pencuri itu kembalikan pada aku secara tidak sedar.
Selamat pulang hati--
kali ni kau duduk diam saja dalam diri sendiri.
Banyak perkara lagi harus kau beri bakti.
Aku sama jiwa setia menemani.
Jangan bimbang. Mungkin skrg separuh tapi
Kau akan bertemu separuh lagi.
Yang penting hidup dengan ilahi.
Sekali lagi--
Selamat pulang hati--

tribute to : N.H owner kotaksepi.



photo by: deviantart
 

Saturday, 11 April 2015

Yang benar, aku.

Yang menulis itu aku
Pasang surut aku titip dalam satu
Yang menulis itu aku
Kerana berjaya lepasi belenggu
Karya dari jiwa sendiri
Yang menulis itu aku
Carca marba bahasa aku tak kira
Yang penting rasa sama rasa
Nilai aku dari tulisan dan kata
Aku--
Yang banyak bicara tentang luasnya dunia  menyembunyi porak peranda--
Yang ingin didik waja dalam tiap-tiap hati manusia--
Yang sarkastik--
Yang jenakanya acah saja--
Yang rasa nestapa terdetik--
Tak kira apa--
Aku tak mahu hipokrit dengan madah
Kerana itu suara aku
Kerana yang menulis itu aku
Aku ialah tulisan itu.
Maka siapa rasa itu aku.
Ya itu aku.


Tuesday, 7 April 2015

Apakah Ego?

Ku  tahu kau rasa terkilan
Kerana si perwira cinta
Kau tahu kau bukan lagi harapan
Dan aku sudah menerima

Walau ku dilihat
Menyusuri hidupmu
Sebenarnya aku tersenyum
Dari jauh kau bahagia
Kau hampir kecapi satu mimpi

Maafkanlah aku
Langsung ku tak mampu mengadu
Dan ku mencuba
Bebaskan rasa rindu
Yang tak kesampaian
Dibelenggu benciku

Dan kusedar mana layaknya
Untukku ajukan padanya.

[06042015]


--------


Aku cuma sembunyi rasa rindu dengan benci. Ego ke tu?


Harga

Mencari
Ke mana perginya pelangi
Hilang seri ku menyepi
Di sudut hati ohh

Menunggu
Tetap di sini ku menunggu
Magisnya hadir dan berlabuh
Dalam hidupku

Bisakah
Aku capai kemesraan
Dan berpaut pada tali persahabatan
Tak sanggup aku
Menatap sayu
Mereka tiada di sampingku
Aku rindu

Tiada raga
Pasti ku kecundang
Dimana daya
Bahgia tak memandang
Jabatkan jiwa
Kerna kau berharga

Siapa?
Siapakah kau dihatiku?
Signifikasinya kau padaku
Kenangkan selalu
Harganya dirimu--


--------------------


Terima kasih kepada mereka yang sudi hadir dalam hidup aku dan bikin aku happy.