Saturday, 8 November 2014

Rela

Jangan ada sifat ketuanan
Dan memperlembukan orang
Cucuk tarik
Dipaksa ikut aturan.
Jangan rasa diri dilembukan
Dan membenarkan mereka yang jelas salah
Dicucuk ditarik
Memaksa ikut aturan.

Aku pelik--
Sebab aku nampak
Yang jelas sekarang
Ada orang tak kisah dilembukan
Walaupun tak dipaksa
Tapi merayu-rayu untuk ditarik--
atau
mungkin saja disuruh
dan padanya kata tak apa--
Biarlah sakitnya dia rasa
Asalkan orang tahu ada dia didunia--

Cerita ni 'fated to love you'. Best. Love theme tapi ada motivasi

Thursday, 6 November 2014

Biasa

Biasa--
Takrifannya
Tidak lemah tidak juga gah lagaknya--

Biasa--
Semakin hampir mencapai
Tapi terhenti kerana
itu saja dapat ditepati
Dikasihani--
Disimpati--

Biasa--
Genggamlah walau sikit sekelumit pun
dicarut sambil mencerut
dikutuk halus
dipertikai akal--


Itulah biasa--
Ada mata juga tak lepas pandang
Apa yang biasa
Supaya kekal jadi biasa--
Kerana yang memandang juga biasa--
Takkan pernah
tak biasa--


Biasakanlah--
Dengan sekitarnya biasa--
Sudahnya biasa itu berbangkit
Pastinya luar biasa--







Wednesday, 5 November 2014

Pakai selesa

Apa kau rasa buat sehelai kain itu mudah?
Simpul jahitnya dalam satu saat?
Satu minit?
Satu jam?
Takpun satu hari?
Kalau tak kerana adanya durasi dalam satu hari tu hanya perlukan satu lembar sahaja,
Pastinya kelim lisu nya serabut jadi buruk.
Sungguhpun ada yang tak daya nak langsaikan semua perkara,
jangan tinggal semua.
Nak sesuatu yang sempurna,
Haruslah rapi susunannya.
Cantik bukan?
Tenteram dan damai--







Sunday, 2 November 2014

Bangsat pada bintang.

Terganggu tumpuan saat kau kira bintang di langit
atau
tercari mana kerdip bintang yang kilau memilau
atau
terbayang bila bintang itu menghiasi laman langit
idealnya bersama sang purnama--
Semua itu kau buat
untuk pastikan impian kau masih di situ
Kekal--
Maka aku ingin bertanya
Perlukah kau rasa bangsat sekarang?
Dek kerana ragam si bintang?