Monday, 8 June 2015

Melaka Redah Je.

Awas! Entri ini bercerita bukan berpuisi dan ianya berjela (agak kot)

Melaka lagi. Kali terakhir aku ke Melaka dua tahun lepas waktu tu pergi dengan ehem ehem (sekarang dah jadi laki orang).
Lagipun Melaka ni tempat aku membesar selama enam tahun sebelum berhijrah ke Pahang.
Tujuan pergi lagi ke Melaka ni selain pergi kenduri, teman si Bella Sharifuddin jumpa kawan dia, kami menjelajah juga.
Benda pun takde lah plan. Apa yang nampak kami redah je.

June 6th:
Yes. Musim kenduri sekarang kan. Juga musim hujan. Musim orang ramai. Aku dan Bella Sharifuddin berdua-duaan penuh teruja mulakan perjalanan dengan doa, kami gerak dari kajang dengan kereta aku dan dipandu oleh aku dalam pukul 10.30 pagi ditambah dengan keayuan kami berbaju kurung gitu.
Kami estimate masa sampai Alor Gajah dalam pukul 1.30 petang walaupun tahu perjalanan kajang-melaka tu ambik masa 1jam je
sebab estimate masa 'takut sesat' sekali.

Tapi perjalanan kami delay berapa jam entah. Aku dengan Bella Sharifuddin gamble naik LEKAS Highway dari Nilai sebab tak daya nak hadap jammed yang panjangnya boleh repeat 2 - 3kali playlist 166 buah lagu.
Alhamdulillah. Sampai juga ke tempat dituju tepat 1.30 petang kat Kampung Simpang Kendong tanpa sesat. hahahaha!
Terima kasih pada Waze lah kan sebab direct rumah kawan Bella Sharifuddin ke jalan yang benar.

Agak lama jugak kami melepak sedar-sedar dah pukul 4 lebih. Tauke hotel tempat kami booking bilik pun dah contact untuk confirmation. So terpaksa beredar.
Masa dalam perjalanan nak ke hotel kami tu, hujan lebat mencurah-curah. Perjalanan patut jadi 5-10minit delay lah 15- 20minit. Bella risau.

Bella: Irah. Kalau tak boleh drive, just pull over anywhere dan kita tunggu sampai hujan berhenti.
Irah: Its okay. Aku dah biasa dah haha.

Dalam hati dok mengucap jugak. Yalaa. Jalan pun bukannya serasi lagi.
Dalam pada si Bella Sharifuddin dok risau pasal aku, ada juga risau benda lain.

Bella: Macam mana nak keluar ni, hujan lebat.
Irah: It's okay. Sabar. Hujan ni sekejap jaa. Dia berhenti lah nanti.
Bella : Eh,engkau ni. Positif betul.
Irah: Bukan lah nak positif sangat. Ayat sedap hati je tu.Hahahhaa.


Sampai hotel elok je hujan dah berhenti slow2. Kami check in kat Alor Villa. Alhamdulillah tempat penginapan selesa dengan balkoni RM78 untuk dua orang. Parking free. Tapi sedar tak sedar, lupa nak sedekah duit kat pengantin. So we set to meet up tonight selepas solat Maghrib..kononnya...

Selepas Asar, kami keluar pergi cari kedai asam pedas. Gamble pulak aku drive cari punya cari tak jumpa2. Jumpa kedai cendol bakar. Ahh. Redah aja la..




At first, yes. Aku ingat kan cendol tu dibakar. Yalah. Jakun jugak kan nak tengok cendol kena bakar.Bella boleh gelakkan aku kata cendol tu namanya bakar. Ada drive thru. Classy.
Oh.. Cenggitu rupanya.
Sedang kami elok makan cendol pulut, tauhu bakar dan keropok lekor, kami dikejutkan dengan kedatangn hujan lagi...
Okay aku tak tahu tak nampak sangat eksposisinya.
Okay. Member Bella (Faiz aka Burn) datang jumpa kami kat situ.
Lepas tu dia membebel cakap hujan-hujan pun makan cendol.
Tapi dia telan jugak lah.





Usai pekena semua, kami balik hotel kejap park kereta Burn kat situ dan secara tak langsung dia merangkap tour guide dan driver tak berbayar kami.
Destinasi pertama kamiiii....

Masjid. Sebab nak solat Maghrib dulu.

Selesai menghadap Ilahi, kami gerak ke Jonker Walk selepas pekena asam pedas malam tu. Aku sightseeing tengok jalan. Tengok landmarks dan baca nama kampung. Percubaan membuat lawak dengan nama-nama kampung sedang cuba diwartakan oleh Burn dan Bella.
Aku tumpang gelak kat seat belakang.







Jonker Walk memang padat tengah2 malam. Parking saja dah telan RM10.
Tapi perniagaan ramai dipelopori oleh orang Cina.Kami berjalan saja tanpa beli apa-apa. Aku sempat pekena coconut shake sedap harga RM4 kemudian kami bersiar-siar tepi Sg.Melaka. Nak naik River Cruise jauh berjalan. Tengok saja dah cukup okay.
Selesai merepek meraban, dah pukul 12. Aku tengok Burn dan Bella dah naik letih.Maka kami pulang semula ke Alor Gajah.Waktu balik tu semua peniaga kat Jonker Walk tengah kemas-kemas. Ada sorang pakcik Cina masih setia bermain Er Hu menambahkan lagi mood 'perpisahan' itu. Macam berlakon dalam cerita P.Ramlee pun ada.

Kami sampai hotel pukul 1. Burn sampai terus balik lah dia. Nasib baik rumah dia dekat.
Bella dah mula rasa tak sedap badan. Kena timpa hujan mungkin.
Dalam jam 2 lepas mandi, kami tidur.


June 7th:

Taknak buang masa taip tiap2 aksara, kami start check out dalam jam 10pagi. Bella mengadu rasa nak demam dan request nak breakfast dengan bubur sebab dia dah rasa sejuk. Aku tercari-cari kat mana boleh dapat bubur area Alor Gajah ni. Disebabkan aku rasa malas nak cari, aku terus drive ke Ayer Keroh sebab difahamkan ada McDonald berhampiran. Naik highway ke ayer keroh ada dalam 15minit ke 20minit je. Bella tidur along the way meninggalkan aku sorang menyanyi lagu hardcore sendiri.

Aku buat drive thru order dua bubur McDonald, satu milo ais dengan kopi panas.Kami stop kat parking area taman buaya dan terus breakfast.

Sambil makan kami bincang, nak jalan mana kat ayer keroh ni sebab sini memang banyak tempat best. Jalan atas sikit sampai bandar hilir.




Bila aku dah nampak bella macam okay sikit, kami terus ke tuju ke Zoo Melaka. Bella nak tengok zirafah katanya and yes mission accomplished! Hahaha!


Almost 1hour kami berjalan, selfie, tengok gajah kencing lol. Banyak dah golongan haiwan tak ada dan kalau ada pun masing-masing tak proaktif.

Waktu nak balik, tu kami nampak barisan nak beli tiket panjang.Memang nasib baik la pegi awal pagi.

Aku berhajat nak ke Festival Karikatur dekat waterpark tapi nak ke sana nak masuk pun kena bayar macam nak pi mandi kat situ. Baik mandi je fikir aku. Aku batalkan niat dan terus berbincang dengan bella untuk destinasi seterusnya.

Bila masing-masing dalam status potato, aku terfikir ada satu tempat Mini Asean, tempat tu macam ada unsur arts - kawasan perumahan tradisional dengan penuh adat.


Tiap-tiap rumah dibahagikan kepada beberapa negeri.
Dari rumah Perlis sampailah ke rumah Sabah.Acah-acah jauh je kan.
Setiap rumah ada cerita masing-masing.
Rumah Penang ada cerita pasal P.Ramlee.


 
Rumah Selangor kami berpeluang mengirai roti jala.

 

 
Memang elok pekena roti jala dan air kopi masa ni. 

Kami juga berpeluang acah-acah jadi pengembala kambing bercelana jeans moden.

 
Situasi lawak ialah bila haiwan-haiwan bertindak agresif tapi cuba berlagak innocent tiba-tiba. Hahahaha!
Kemudian, kami tengok persembahan pentas.
Aku dengan nabila kena tarik atas pentas menari-nari serupa kayu. Kahkahkah!



Around jam 6 petang, Burn datang bawak kami pi mendaki bukit apa entah nama. Area Jonker Walk dan Bangunan Stadhuys. Rasanya mendaki A'Famosa.
From the top, we could see the whole environment. Burn kata kalau nak best naik Menara Taming Sari.

 
Tapi waktu tu pun macam dah nak maghrib. Nak tengok satu Melaka pun bukan nampak apa.
So yeah. Kami gerak dari Melaka dalam pukul 9 malam macam tu.
It's hard to say goodbye but i'd got my own commitment to my job and Bella with her studies.
Sampai KL dalam pukul 1 lebih sebab jammed dari seremban sampai nilai.

Okay kalau ikut untuk belanja total travel selama 2 hari ni untuk 2 orang:
Hotel Alor Villa : RM78
Makan : RM150 (Pesen kuat makan)
Minyak pergi balik : RM120
Zoo Melaka : RM18
Mini Asean : RM18
Parking : RM20

Total: RM404.


Kata hangit : Meredah pengembaraan untuk lebih menyeronokkan, bagai menghadapi sebuah perihal kehidupan yang rawak dan kita buatnya lebih menarik.