Saturday, 11 April 2015

Yang benar, aku.

Yang menulis itu aku
Pasang surut aku titip dalam satu
Yang menulis itu aku
Kerana berjaya lepasi belenggu
Karya dari jiwa sendiri
Yang menulis itu aku
Carca marba bahasa aku tak kira
Yang penting rasa sama rasa
Nilai aku dari tulisan dan kata
Aku--
Yang banyak bicara tentang luasnya dunia  menyembunyi porak peranda--
Yang ingin didik waja dalam tiap-tiap hati manusia--
Yang sarkastik--
Yang jenakanya acah saja--
Yang rasa nestapa terdetik--
Tak kira apa--
Aku tak mahu hipokrit dengan madah
Kerana itu suara aku
Kerana yang menulis itu aku
Aku ialah tulisan itu.
Maka siapa rasa itu aku.
Ya itu aku.


Tuesday, 7 April 2015

Apakah Ego?

Ku  tahu kau rasa terkilan
Kerana si perwira cinta
Kau tahu kau bukan lagi harapan
Dan aku sudah menerima

Walau ku dilihat
Menyusuri hidupmu
Sebenarnya aku tersenyum
Dari jauh kau bahagia
Kau hampir kecapi satu mimpi

Maafkanlah aku
Langsung ku tak mampu mengadu
Dan ku mencuba
Bebaskan rasa rindu
Yang tak kesampaian
Dibelenggu benciku

Dan kusedar mana layaknya
Untukku ajukan padanya.

[06042015]


--------


Aku cuma sembunyi rasa rindu dengan benci. Ego ke tu?


Harga

Mencari
Ke mana perginya pelangi
Hilang seri ku menyepi
Di sudut hati ohh

Menunggu
Tetap di sini ku menunggu
Magisnya hadir dan berlabuh
Dalam hidupku

Bisakah
Aku capai kemesraan
Dan berpaut pada tali persahabatan
Tak sanggup aku
Menatap sayu
Mereka tiada di sampingku
Aku rindu

Tiada raga
Pasti ku kecundang
Dimana daya
Bahgia tak memandang
Jabatkan jiwa
Kerna kau berharga

Siapa?
Siapakah kau dihatiku?
Signifikasinya kau padaku
Kenangkan selalu
Harganya dirimu--


--------------------


Terima kasih kepada mereka yang sudi hadir dalam hidup aku dan bikin aku happy.