Saturday, 28 February 2015

Berbicara bahasa Tuhan

Aku yang pertama
Photo by: http://deddinordiawan.com
Aku 'ketua'
Kepada dua lagi butir permata pintar
Pada asalnya daripada "air" yang sama
dan tapungan rahim yang sama.

Tiga kontrasnya pada watak dan karekter
Masing-masing tentukan cara hidup berbeza untuk selesa
Seiring jiwa--
Ilmu--
Amal--
Namun aku bersyukur
Kerana raja dan permaisuri hati di sisi
Masih perhati tunjuk aku belajar kalam Tuhan
Ajari aku untuk sujud menghadap Khaliq perihal tujuh
Photo by:imgarcade.com
Saentero belantara--

Mungkin aku tak banyak berkongsi
Bukan tidak tabligh
Tapi apa yang dapat dan aku sampai hanya sipi--

Sabar--
Aku pasti cuba gali lagi
Fahami bahasa Tuhan--
Tengok apa yang aku dapat
Aku sebarkan
Cuma sasaran aku untuk lebih tahu
Dan tidak jahil
Kerana Tuhan itu lagi sayang
Kalau aku tak bertindak bodoh dan bangang
Ingatkan yang lain yang tak ingatkan aku--

Diri aku--
Cara aku--
Terus pegang prinsip
"Langsung bukan orang alim, tapi banyak bercakap tentang baiknya Tuhan" - Fynn Jamal.


Photo by: http://bookboonglobal.com


Aku Cinta Cita Episod 2

Manusia hakikatnya
Meletak cita yang indah sebelum sampai
Di penghujung usia
Tak kira jutawan kaya
Atau penjenayah maya
Mungkin ada yang sempat capai
Mungkin ada nasib citanya
Dibawanya ke arah lain.

******

Saat aku mendengar cerita ibu
Yang dahulunya memasang impian menjadi juruhebah di corong
Gelombang bunyi angkasa
Atau kira-kira wang--
Dek kerana kekangan kehidupan yang dulunya
serba serbi susah
Dia kini menjadi ustazah
Suka atau tidak
Dia pasrah--

Dan abah pula berbicara
Ingin jadikan penerbitan sebagai kerjaya
Hampir tercapai
Tapi tersadai
Rasionalnya aku kurang pasti
Tapi jiwa aku sepertinya aku tak nafi
Berbakti kepada tanaman telah meletakkan kepala keluarga ini menjadi
"kepala" pasukannya
Hanya satu rasa percaya.

******

Aku masih meletakkan satu cita-cita yang pasti
Yang tak pernah lari
Bersama kemahiran yang aku dukung
Malah disokong
Namun
Aku takut--
Kiranya cita itu aku tak dapat aku gapai
Apa aku mampu tempuh
Sebagaimana mereka yang tak pernah rapuh?

*****
Apa yang diyakini
Walau Tuhan itu menepati
Hasilnya tetap termaktub akan memberi faedah buat mereka yang lain
Selain kepentingan sendiri
Ini janji Tuhan.


Surah al-Imran ayat 54
Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan ALLAH sebaik-baik Perancang








Friday, 27 February 2015

"Manis"nya kata itu.

Kalau tak mampu
atau tak reti
Membuat ladang tebu di tepi bibir,
baik cantas sikit
bagi orang rasa sama-sama
nikmat kemanisan para tebu
Tak rugi pun--

Tahu tanam
Tak tahu tuai
Tak ada hasil
Kata-kata jadi bangkai

Atau

Tahu tanam
Tak tahu tuai
Ada hasil
Sendiri capai
Tapi hidup melugai

Yang terbaik

Tahu tanam
Tahu tuai
Ada hasil
Sama-sama membelai.







Tuesday, 24 February 2015

Witness the miracle #4 : Tengok the real Eiffel Tower.


Barangkali
Teguh berdiri si Eiffel Tower ini
Sama teguh kasih sayang penciptanya terhadap seni

Barangkali
Cantiknya si Eiffel Tower ini
Sama padan dengan revolusi Perancis
Bersama sebuah kemenangan.

Terinspirasi bukan kerana tempat ini jadi saksi kasih antara dua manusia
Tapi ia tempat melamar rasa tenang menerima kreativiti manusia








Aku dapat bayangkan
Andai aku dapat bersua--
Bersemuka--
Menghadapnya--
Tak kira di laman
Atau di atas puncak merata
Aku akan pandang lama.
Mungkin tanpa sedar
Ada air mata.
Siang bagai mahligai
Malam umpama penyeri kelam.



Monday, 23 February 2015

Kun fayakun 222


Cerita angka--
Februari dua puluh dua
Tahun yang berbeza
tapi memori hilangnya tiada--
Kombinasi tiga takdir yang berbeza--

******

Tahun tujuh lapan lahirnya dia
Seorang idola
seorang teruna
Wajanya setara teguh
tidak runtuh
Senyumnya tidak pernah luluh


Selamat ulangtahun kelahiran buat pak uda, Syed Mahamad Zuhdi Amin








******

Empat belas tahun berlalu pergi
Giliran si kanda menjunjung peranan
Janji kasih bersama termaterai
Kini bersama tiga permata menyulam impian
Kali kedua puluh tiga--


Happy Anniversary untuk ibu abah. Sampai syurga yaa.







******

Namun--
Dalam bahagia hadirnya duka
Kontroversi dua puluh dua belas
Konon hampirnya hari akhir bumi
Ada insan bertarung nyawa berbalas-balas
Tuhan tahu bagaimana tamatkan semua
Dengan mati.





Al Fatihah buat arwah pakndak, Ahmad Fisal. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.


******

Menarik bukan?
Semuanya sudah Tuhan cipta--
Bukan kebetulan
Tapi inilah kuasa