Saturday, 28 February 2015

Berbicara bahasa Tuhan

Aku yang pertama
Photo by: http://deddinordiawan.com
Aku 'ketua'
Kepada dua lagi butir permata pintar
Pada asalnya daripada "air" yang sama
dan tapungan rahim yang sama.

Tiga kontrasnya pada watak dan karekter
Masing-masing tentukan cara hidup berbeza untuk selesa
Seiring jiwa--
Ilmu--
Amal--
Namun aku bersyukur
Kerana raja dan permaisuri hati di sisi
Masih perhati tunjuk aku belajar kalam Tuhan
Ajari aku untuk sujud menghadap Khaliq perihal tujuh
Photo by:imgarcade.com
Saentero belantara--

Mungkin aku tak banyak berkongsi
Bukan tidak tabligh
Tapi apa yang dapat dan aku sampai hanya sipi--

Sabar--
Aku pasti cuba gali lagi
Fahami bahasa Tuhan--
Tengok apa yang aku dapat
Aku sebarkan
Cuma sasaran aku untuk lebih tahu
Dan tidak jahil
Kerana Tuhan itu lagi sayang
Kalau aku tak bertindak bodoh dan bangang
Ingatkan yang lain yang tak ingatkan aku--

Diri aku--
Cara aku--
Terus pegang prinsip
"Langsung bukan orang alim, tapi banyak bercakap tentang baiknya Tuhan" - Fynn Jamal.


Photo by: http://bookboonglobal.com


No comments:

Post a Comment