Thursday, 5 March 2015

Terima kasih 'dia'

Photo by: mymodernmet.com






Dia seorang lelaki--
yang kenal hanya sebentar
tapi merangkumi 24tahun hidupnya
Inspirasi
kerana hanya satu konsep 'common senses'

Dia seorang wira --
bila ada bangsat
walau sesat
tetap bersemangat
kerana kekuatannya pada darah daging
berbilang 'empat'
Akan jadi 'lima'
atau lebih--

Maka itu--
Dia yang penyayang
Ada rasa kasih
tak luak siapa yang bertandang
Asal baik dirinya
Maka baik juga layanannya

Walau dia yang tegas--
kerana mereka yang kurang fikir dalam
berangnya meletus
tapi kagum dengan percubaan fasa 'bertenang'

Tapi apa yang penting
Dia ada impian
Impian-impian yang cuba untuk bantu dia kecapi
Tapi hakikatnya
Impian itu akan dicapai bersama lain.
Semoga beroleh.

Dan kini
Dia pengajaran.
Daripada hati terus kepada diri sendiri.