Friday, 29 August 2014

Aku cinta cita

Kecil dulu
Cita-cita aku besar
Dan banyak
Setiap tahun bertukar-tukar
Pendidik?
Tabib moden?
Penghibur?
Ahli kaji ilmu alam?
Namakan--

Dan fasa aku makin berkembang
Di pertengahan usia
Sebelum dua puluh
Aku letakkan satu titik
atas cita-cita aku
Ahli forensik--
Ahli farmasi--
Pencipta ubat--
Tapi
Secara mabuk tak mabuk
Kepayang pun bukan
Separa sedar mungkin
Teknologi punca aku berdiri tegar
Terpesona dengan seni
yang dicerakinkan
lahir dari hati.
Jujur.

Katalah
Aku dah bazirkan
Tempoh kaji hidup aku
Dapatkan ilmu
Tapi akhirnya
Aku pilih karya--

Keghairahan seni itu
pada aku
umpama terperanjat
tatkala jari dipetik sekali.
Bingkas lantas  ku isi
Ruang kosong
kerongakan hidup aku
Daripada bertelanjangkan
dengan parut-parut sepi

Suka hati aku
Asal aku masih di sini
Bangga ciptakan fantasi
dalam realiti--



Sumber:ebscart.com




Amnesia 2808

Ada datang satu tarikh
Satu barisan pendek angka
Satu garis masa malar
Pada tiap-tiap tahunnya
Yang dulu
Kita asyik melukis
Melakar impian
Menyimpan kenangan
Dalam peti hati
Kuncinya hanya dibuka
Pada masa istimewa itu
Hanya kita saja tahu--

Dan kini
Cerita kita pada tarikh itu
Mungkin hanya lagenda
Tapi pastinya jadi sejarah--

Seperti biasa
Setelah penghayatan aku
Dinodai
Aku sudah lupa
Dan tak memandang
Catatan masa itu--

Terimbau kembali
apa yang wujud
Hadirnya dari ingatan
Bayangan gurauan
Dari serang teman kepada teman--

Rasa?
Biasa.

Thursday, 28 August 2014

Impian dalam permata

Bila cakap tentang bintang
Pasti kena dengan impian--
Sebutir permata pun
Taknak kalah
Mengekspresikan nilai--
Maka itu
Setiap impian yang disemat
Diletak--
Difikir--
Diucap--
Didoa--
Adalah sangat berharga.

Credit to: Zahra Natasya dengan lukisan yang penuh 'deep' ini.
Satu tabik hormat.
Satu tepukan
Satu ucapan tahniah
Bersama dua ibu jari ke atas
Dari kak irah buat Zahra.

Wednesday, 27 August 2014

Telepati aku, kau dan dia

Aku mengenali kehidupan
Senyum tawaku
Yang menjadi perhitungan
Dan menikmati kebebasan
Masih kutanya
Mana manisnya kemesraan--
Kala jiwa meruntun hiba
Dimana mereka?

Aku tak mahu begitu
Mencari mana keaibanmu
Menyanjungi kesempurnaanmu
Oh temanku--

Aku menemui
Titisan dari air mata
Insan yang pedih
Kosong tak beerti
Masih mengharapkan
Mimpinya jadi realiti

Dan ku hulur
Bahuku untukmu
Rasai duka bersama
Rebah jiwaku
Erat genggamanmu
Tak kau lepaskanku--

Aku mahu begini
Hubungan ini bertelepati
Hanya kata dari hati ke hati
Bukanku cari pengganti
Kuharapkan teman sejati
Tawa duku setia menemani--

Temanku
Jadilah pelangi
Yang memahami
Hidup yang bervariasi
Temanku
Walau bintangmu cerah dan indah
Kerdipannya hanya sementara
Apakah kekal
persahabatan kita?

-----------------------------------------------------------

Tak perlu aku sembang panjang lebar
Cukup kau fahami
"A friend in need is a friend indeed"

Esok

Memang 'esok' belum pasti untuk kita--
Bila 'esok' kau masih melihat dengan mata
'Esok' kau masih menghela nafas lega
'Esok' juga kau bebas ke mana-mana--

Pasti kau gembira
Tapi kadangkala lupa--
Kau sibuk fikirkan tentang 'esok' nak buat apa--
Kau lupa Dia--
Kau lupa saudara di sana--
Apapun yang sebenarnya
Nikmat 'esok' yang kau kecapi hari-hari
Belum tentu
Mereka mampu rasai.
'Esok'--

Rasa Ini Merindu

Ingin sekali aku
Sampaikan rasa untukmu
Rintikan hujan malam itu
Tanda perkhabaran untukmu--

Ingin sekali aku
Menebar rasa buatmu
Berhembus lembut si bayu rindu
Selembut belaian kasihmu--

Tanyakanlah pada Sang Pencinta
Oh hati
Apakah dia akan mengerti? Hadapkanlah pada Sang Pencinta
Oh jiwa
Apakah dia teristimewa?
Serahkanlah pada Sang Pencinta
Seadanya
Mengharap rasa bertaut semula
Dengan iringi doa--

Kau akan mengerti hatiku
Kau teristimewa dalam hidupku
Pejamlah matamu
Imbaulah saat yang lalu
Kerna kau dan aku
Tahu--
Rasa ini merindu--



-----------------------------------------------------------


Perasaan rindu
Yang lebih layak diberi
Kepada yang tersayang.
Semoga dia juga
Memberi kita rasa yang sama.

[12122011]

Tuesday, 26 August 2014

Jawapan buat Cermin.

Tanyakan pula pada cermin
Tentang soal didalammu itu..
Cermin takkan faham.
Lihat pada mata..
Mata yang menemani kau bersama refleksi diri
Dia lebih mengerti....
Penting untuk kau lihat
Bergunanya diri..
Jangan putus harap--

Seperti cermin..
Perlu kau lihat pada titik jauh
Boleh kau nampak
Dan kau tahu
Yang kau takkan keseorangan--

Jika diberi peluang
Akulah cermin itu
Akan aku pantul apa yang sama
Supaya kita sama rasa.
Malangnya..
Bukan lah aku cermin itu..

Irama Hati




Menyusuri nada usiaku ini
Membawa irama hati,
Sumbang langkahku
Lenyap semua hayatku
Bagaimana tuk mencari diriku--

Hidupku bagai
Menyusun sebuah lagu
Ada irama, ada rentaknya
Namun tak indah
Tanpa kehadiranmu
Harmonikan hidup bersama--

Sekian lama aku mengimpikannya
Mengakhiri nyanyian jiwa,
Setiap waktu berputik diingatanku kemerduan
Oh suaramu--

Bila terpincang puisi kasih
Suara mula menjerit pedih
Luahkanlah alunkanlah
Rentak irama yang baru
Kerna disitu ada aku
Jadi pelengkapmu--

Dan kita saling merasakan
Madah hati berhubungan
Mendengar mendendangkan
Satu kenangan--

[04112011]









-----------------------------------------------------------

Dalam hidup,
pasti ada insan yang istimewa sangat
Sangatnya macam buat lagu
Kongsi rasa sama-sama
Sungguhpun dalam hubungan
Ada celanya
Dan tak selalunya jadi cela
Maka betulkan
apa yang perlu betulkan
Kerana susah itu sama-sama
Senang juga sama-sama

Cinta Muka Buku

Papan kekunci rancak kau raikan
Senyuman yang sentiasa tak putus dari bibir
Kerana bahagia dalam jiwa kau mengalir

Darah muda--
Takkan lekang dari pandangan
Rasa terujanya
Rasa ingin tahunya

Rasa nikmat zamannya.
Era kenal sembang
Suka ria
Sedang cinta juga berputik
Di alam maya.

Apa kau rasa?
Kau belum kenal dia
Tapi kau serahkan segala jiwa kau bergelora?
Diam.
Tak ambil kisah--

Disebalik papan kaca ajaib itu
Dialah pelindung
Dialah malaikat
Dialah budiman.
Apa yang kau nampak?
Hanya gambar
Tak memberikan apa-apa erti sebenar

Satu masa itu
Bila mata sudah bertentang mata
Taring sudah mula diasah
Bagaikan syaitan
Terlepas belenggu rantaian Ramadhan.
Dialah perosak
Dialah iblis
Dialah raksasa
Apa yang kau rasa?
Hanya sayang
Tak mampu berbuat apa-apa
Naif.

Dan pada khabarnya
Kaulah penggoda
Dituduh penyebab segala
Gundah?
Biar..
Sesal itu nyata
Harga diri masih kau ada
Pertahankan.
Berundur.

Lihat dia berlalu
Sedangkan kau bangga melambai
Dia yang kau kenal di muka buku.








Sunday, 24 August 2014

Cukup?

Sangka kita rasa sangat tak cukup
Walhal dah ada serba serbi
Walaupun nilainya dengan
Sebuah kancil
Sebuah rumah kecil
dua bilik satu bilik air
Kerja halal
Makan makanan beli di pasar malam
Beli selipar harga Rm5 sepasang
Baju biasa mudah lipat
Ada penghibur diri
Tak kira radio TV MP3
Isteri solehah
Suami rajin mencari nafkah
Dua tiga anak yang berjaya
Keluarga bahagia--
Masih tak cukup?
Biar aku perjelaskan lagi

Pasti kita pernah
Lihat anak kecil
Kehulu hilir seorang
Tanpa ibu memimpin tangan
Tanpa ayah mendukung sabar
Cuma ada bersama
Hanya sebuah cawan plastik
Cawan plastik yang setia
Berkongsi kasih
Suka duka
Berharap boleh teruskan kehidupan--
Tapi itulah
Ia hanya sebuah cawan
Yang tak berperasaan.

Nak bandingkan kita dengan dia
Siapa lebih layak rasakan
Perasaan 'tak cukup' itu?
Tapi...
Kenapa dia yang daif
Masih gembira walaupun
Bertemankan cawan plastik?