Papan kekunci rancak kau raikan
Senyuman yang sentiasa tak putus dari bibir
Kerana bahagia dalam jiwa kau mengalir
Darah muda--
Takkan lekang dari pandangan
Rasa terujanya
Rasa ingin tahunya
Rasa nikmat zamannya.
Era kenal sembang
Suka ria
Sedang cinta juga berputik
Di alam maya.
Apa kau rasa?
Kau belum kenal dia
Tapi kau serahkan segala jiwa kau bergelora?
Diam.
Tak ambil kisah--
Disebalik papan kaca ajaib itu
Dialah pelindung
Dialah malaikat
Dialah budiman.
Apa yang kau nampak?
Hanya gambar
Tak memberikan apa-apa erti sebenar
Satu masa itu
Bila mata sudah bertentang mata
Taring sudah mula diasah
Bagaikan syaitan
Terlepas belenggu rantaian Ramadhan.
Dialah perosak
Dialah iblis
Dialah raksasa
Apa yang kau rasa?
Hanya sayang
Tak mampu berbuat apa-apa
Naif.
Dan pada khabarnya
Kaulah penggoda
Dituduh penyebab segala
Gundah?
Biar..
Sesal itu nyata
Harga diri masih kau ada
Pertahankan.
Berundur.
Lihat dia berlalu
Sedangkan kau bangga melambai
Dia yang kau kenal di muka buku.
No comments:
Post a Comment