Saturday, 6 September 2014

Witness the miracles #1: Mereka bahagia dengan aku.

Umum bukan?
Apa aku mahukan--
Satu ukiran dibibir itu
Pada tiap-tiap
Mereka yang disayangi
BILA BERSAMA AKU--
Mereka mengusung duka
Aku sedia menghulur suka--
Senyum mereka
Senyum aku jua.
Senyum bahagia mereka
Senyum hati aku
Senyum hajat mereka
Senyum pahala aku
Senyum senang dunia mereka
Senyum jualah akhirat aku.
Senyum.

Friday, 5 September 2014

Di mana sabarmu?

Raksa sengketanya tinggi
Lidah bertikam tak berhenti
Pujukkan hati untuk tenang
Surutkan amarah
Yang bengang--
Jangan jadi bangang--

Tarik hembuslah--
Sedut helalah--
Nafas maaf
Pada pemilik dunia ini
Kerna khilaf lampau
Ialah sumbu dan
percikkan apinya.

Wednesday, 3 September 2014

Kaulah pengharapan itu

Fikir aku tak mampu
Melihat hati
Apatah lagi menyentuh
Bukan pengecut
Tidak pula buta
Tapi masih
Masih aku nampak terang
Di hadapan nanti
Bukanlah pengharapan
Kalau itu yang ditempatkan--
Tapi salah kah aku
terus menunggu
Pada aku
Tak mustahil
Kau beralih kembali--
Dan nampak didepanmu
AKU--



 

Hak. Al-Haq dan hamba.

Manusia.
Tahu saja ragamnya banyak mana
Cakap tentang hak.
Ada jenis tak kisah.
Ada pesen 'aku punya'
Ada juga perangai
yang pada bibir kata "tak apa"
tapi hati mem"babi bodoh anjing" kan orang.
Dah tahu manusia ni
Kalau pada hak nya perangai cuma tiga
Fahamkan cara halal
Untuk tunaikan hak orang lain.
Kalau rasa kita
terpakai--
Memakai--
orang punya.
Tak ada yang lain
Selain AMANAH.
Khianat?
Satu kata dari aku.
ZALIM..
Itu baru manusia--
Pernah kau fikir hak yang kau pinjam
Dari pemberi hak yang teragung?
Letakkan hak orang lain
Pada tempatnya
Dah dikira hak Dia
Kau berjaya laksanakan--



#20FactsAboutMe

Permainan berantai.
Pada aku
Fakta tentang diri itu banyak.
Yang wujud banyaknya perkara biasa
Cuma pada yang ingin tahu apa yang berbeda..

Apakah aku ada bezanya dari yang lain?
Adapun aku ini biasa saja.
Untuk sekadar hiburan semata
Pada aku
Wajarlah aku nyatakan benda yang biasa
Kerana apa yang berbeda itu
Hitamnya banyak berbanding putih.
Kadangkala kelabu.
Jika dikira,
aku sendiri pun tak mengerti diri sendiri
Bagaimana aku nak mengerti diri orang lain?
Bingung





Tuesday, 2 September 2014

Perwira cinta

Walau hatiku disakiti
Kau toreh dengan janji tak pasti
Takkan rebah jatuh jiwaku dan aku
Takkan menunggu--

Sampai saat kau akan rasai
Dirimu tak dihargai
Bukan berdendam
Aku tak kejam
Andai takdir mengejarmu

Mungkin kau lupa yang aku
Tabah--
Aku tak lemah--
Mungkin kau yang goyah?
Walau tak seindah impian tercipta
Akanku bangkit semula
Bagaikan seorang perwira cinta

Kau tak layak untuk memahami
Irama hati yang ku karangi
Tapi kau harus dengarkan lagu ini
Aku sampaikan--

Sampai saat kau akan sedari
Cerita ini kan diulangi
Bukan berdoa sekadar bicara
Andai Tuhan tunjukkannya.

Lebih baikku hidup sendiri
Di samping kekasih abadi
Cukup sudah ku tangisi
Lepaskan aku pergi--

Pernahkah kau rasa peritnya hati?
Apakah kan wujud cinta lagi?

[29062013]
-----------------------------------------------------------
He left you with a fragile heart.
and nothing but memories?
Stand up!
Move on--
At least, God won't left you
So knock yourself out.
Get the pure and everlasting love from Him.





Kita komposer hidup

Andai aku ajukan irama
Apakah ada penyambut
dan menjawabnya dengan madah?
Tak aku kira tentang hebatnya metafora frasa
Tak aku nilaikan cantiknya bunga di hujung kata
Dan tak juga aku pandang pada hebatnya dia bermain nota-nota muzik
yang dicalit pada kertas biasa..
 
Tapi--
Aku lihat pada jiwa kita yang mengalir
Yang melengkapkan tiap simpulan kata
Seiring dengan irama yang aku persembahkan.
Aku kau bakal nukilkan rasa yang sama.
Bahagia.














Cara cinta makhluk kita

Bila sayang orang
Sanggup buat apa saja
Biarlah makan tak kenyang
Mandi tak basah
Tidur tak lena--

tapi
Sebelum sayang orang
Cuba sayang diri sendiri dulu
Makan biar kenyang
Mandi biar basah
Tidur biar lena--

Ada beza
berkorban dengan
memperbodohkan.


Bodohnya hidup?

Dalam satu keadaan
Pastinya kau akui
Ada kalanya
Banyak hampas-hampas bodoh
yang menyesak dada
Sedangkan kau boleh biarkannya pergi
Ego kau menakluk hati
Berani pula kau simpan sampai basi
Sampai jadi tak senang diri
Sampai menangis sebab rasa
tak bergunanya diri--

Ada satu ketika
Kau akan kenal
Wujudnya orang-orang
Yang senyumnya
bagai tiada derita
Sebenarnya dia lebih banyak
Menerima hidupnya dengan benda-benda teruk
Terpalit pada wajahnya
Kesan arang
Seketul tahi
Walau sudah disucikan
Masih dianggap kotor
Oleh insan berhati bangkai

Tidak cukup dengan itu
Datang lagi dengan benda gila
Luar daripada akal
Pedihnya bukan kita rasa
Sakitnya ya ampun
Tapi--
Sikit pun tak luak senyumnya
Tak bolos gelak tawanya
Tak henti becok sembang dari mulutnya

Padanya--
Itulah yang mengajar
Dialah pelajar
Dan mematangkan
Dari satu pengalaman
yang dia bukan sendiri cipta

Katanya--
Tak mustahil bakal berlaku
Kepada mereka yang lain
Mungkin sedihnya sama
Tapi cara berbeza
Biar dia hadapi dulu
Untuk diajar kepada
mereka yang lupa
Merungut--
Merengek--
Untuk benda teruk sebesar zarah.
Ini kuasa Tuhan.
Yang kita tahu ada hikmah.


Diam.

Taknak membandingkan
Betul salah.
Pasti kau malu.
Nak menampar orang
tapi tertampar diri sendiri.



Sumber gambar: nonnenetta


Tunjuk.

Dia menunjuk--
Bertindak bagaikan nabi
Sedangkan dia manusia biasa
Bukannya makhsum
Katakan yang haq itu batil
Yang palsu itu benar.

Tunjuklah--
Apa ada pemimpin begini?
atau Tuhan sengaja ciptakan dajal
tanpa sedar kita mengangguk akui
Ditunjuk--
Segala dakyahnya?



Monday, 1 September 2014

Adakah merdeka?

Lebih perit
bila yang dikatakan merdeka
Pada sesetengah anak muda itu
ialah merdeka perhubungannya
Berani mati daripada sunyi
Bukan silaturahim
Yang menenangkan.
Merdeka.
Merdeka sangat.
Jangan sampai satu masa
Bila semua perkara dituntut Tuhan
Mula terasa diri kau dijajah
Sedangkan kau yang menjajah belantara
Kepunyaan agung Si Dia
Hingga lupa
Kebenaran merdeka itu terletak
Pada redhaNya hidup kau
Di atas tanahNya..