Monday, 1 September 2014

Adakah merdeka?

Lebih perit
bila yang dikatakan merdeka
Pada sesetengah anak muda itu
ialah merdeka perhubungannya
Berani mati daripada sunyi
Bukan silaturahim
Yang menenangkan.
Merdeka.
Merdeka sangat.
Jangan sampai satu masa
Bila semua perkara dituntut Tuhan
Mula terasa diri kau dijajah
Sedangkan kau yang menjajah belantara
Kepunyaan agung Si Dia
Hingga lupa
Kebenaran merdeka itu terletak
Pada redhaNya hidup kau
Di atas tanahNya..


No comments:

Post a Comment