Saturday, 29 November 2014

Lain. (Versi soal hati)

Mungkin dalam doa menyebut nama yang lain
Tapi muncul di matanya yang lain.
Mungkin yang lain kini serasinya ada
Mungkin yang lain itu hatinya langsung tak bicara
Mungkin juga yang lain-lain itu agenda Tuhan.
Usah pening kepala fikir.
Cuma berserah pada takdir.
Moga pendirian aku masih lurus dan tak lain.
Moga hati tak berubah kepada yang lain.

Friday, 28 November 2014

Witness the miracles #2: Jadi insan paling penting dalam hidup mereka

Sebab rasa diri dah tak mampu nak jadi
bagai sebutir permata di dalam hiasan kaca
Aku harap aku boleh jadi sebutir mutiara yang pada asalnya tak bersinar
tapi kemilau selepas diambil kira
Dan bikinnya jadi penting
Akan dicari bila tiada di pandangan--
Moga aku jadi orang yang terpenting
Dalam hidup segelintir manusia.