Showing posts with label Witness The Miracle. Show all posts
Showing posts with label Witness The Miracle. Show all posts

Tuesday, 29 March 2016

Witness the Miracle #7 : Jadi Penulis Lagu

Kerana melodi itu indahnya pelbagai
dan berjaya memutik hati-hati yang sunyi
Aku cuba semaikan sesuatu dengan cara aku.
Tulis lagu dan diterima mereka.


Sumber gambar: http://www.charliemccarron.com/2013/11/indie-film-composing-with-brooke-derosa/

Monday, 29 February 2016

Witness the Miracle #6 : Pandai Main Piano

Kerana kagum dengan mereka yang mampu menekan kunci hitam putih ini
Maka keterujaan aku tidak dapat dibendung
Untuk belajar,cekap dan tahu
Supaya melodi disusun tidak pincang.


The sememeh profesor sedang acah.


Monday, 12 October 2015

Witness the Miracle #5 : Orang bagi lagu

Memang tak lari jiwa aku dengan lagu--
Aku harap satu hari akan yang bagi satu--
Lagu dari jiwa itu

Photo by: http://kiki-kit.deviantart.com/art/Rhythm-of-Love-Re-do-328884400

Tuesday, 24 February 2015

Witness the miracle #4 : Tengok the real Eiffel Tower.


Barangkali
Teguh berdiri si Eiffel Tower ini
Sama teguh kasih sayang penciptanya terhadap seni

Barangkali
Cantiknya si Eiffel Tower ini
Sama padan dengan revolusi Perancis
Bersama sebuah kemenangan.

Terinspirasi bukan kerana tempat ini jadi saksi kasih antara dua manusia
Tapi ia tempat melamar rasa tenang menerima kreativiti manusia








Aku dapat bayangkan
Andai aku dapat bersua--
Bersemuka--
Menghadapnya--
Tak kira di laman
Atau di atas puncak merata
Aku akan pandang lama.
Mungkin tanpa sedar
Ada air mata.
Siang bagai mahligai
Malam umpama penyeri kelam.



Thursday, 12 February 2015

Witness the miracles #3 : Jadi "the best person" untuk hati yang menghargai

Tak harapkan balasan--
Tak harapkan pujian dari lidah--
Lepas jadi yang terpenting dalam hidup mereka--
Aku hanya mahu status
Dari hati mereka sendiri kata--
"She's the best person I've ever known"

Friday, 28 November 2014

Witness the miracles #2: Jadi insan paling penting dalam hidup mereka

Sebab rasa diri dah tak mampu nak jadi
bagai sebutir permata di dalam hiasan kaca
Aku harap aku boleh jadi sebutir mutiara yang pada asalnya tak bersinar
tapi kemilau selepas diambil kira
Dan bikinnya jadi penting
Akan dicari bila tiada di pandangan--
Moga aku jadi orang yang terpenting
Dalam hidup segelintir manusia.



Saturday, 6 September 2014

Witness the miracles #1: Mereka bahagia dengan aku.

Umum bukan?
Apa aku mahukan--
Satu ukiran dibibir itu
Pada tiap-tiap
Mereka yang disayangi
BILA BERSAMA AKU--
Mereka mengusung duka
Aku sedia menghulur suka--
Senyum mereka
Senyum aku jua.
Senyum bahagia mereka
Senyum hati aku
Senyum hajat mereka
Senyum pahala aku
Senyum senang dunia mereka
Senyum jualah akhirat aku.
Senyum.