Monday, 23 March 2015

Khabar dari lagu

Aku masih percaya--
Tuhan bagi aku ikhtiar untuk mencari ketenangan jiwa
selepas doa dan solat selama aku mohon
Dan selain sokongan orang-orang yang aku sayang
Menulis lagu juga adalah penghapus gundah aku--


Photo by:http://www.2000radio.com/

Kerana setiap lagu ada cerita.
Mari aku simpulkan dalam satu himpunan kata




*******


1-Irama Hati [04112012]

Yang membikin satu lagu itu harmoni dan sedap bilamana lagu itu "blend" well dengan lirik.
Sama juga hati manusia. Keserasian itu wujud pasti antara dua jiwa mungkin lebih.
Lagu yang pada asalnya aku buat saja suka2. Namun, dah ditujukan untuk seseorang yang pada aku ada serasinya setelah simpan sekian lama.


2-Rasa ini (merindu) [12122012]

Semua orang pernah rasa rindu tapi luahnya dari pelbagai cara. Untuk lagu ni aku buat, sebab zaman ni masa kawan-kawan termasuk aku rindu kepada orang yang mereka sayang. Tak kisah kepada girlfriend/boyfriend, suami/isteri, ibu/ayah, abang adik kakak atau sapa saja. Apa yang aku tekan kan kat sini, aku kat sini rindu orang sana, apakah orang yang jauh itu simpan rasa yang sama? Sengaja aku biarkan persoalan dalam lagu ni

3- Telepati aku, kau dan dia [13012013]

Mesej lagu "persahabatan". Tapi apa yang menyeksa jiwa aku, orang yang aku harapkan untuk jadikan kawan itu bukanlah 'as expected' kata inggerisnya. Kemudian, ada hadir kawan-kawan yang aku langsung tak anggap istimewa tapi suka duka ada sama.


4- Perwira Cinta [29062013]

Diam lama kerana aku meniti hari-hari yang bahagia bersama seorang jejaka, tapi ended up dengan perkara yang aku cuba untuk terima dan redha. Bila dah rasa sakitnya cinta itu, aku mencari mana silapnya aku bertindak. Oh ya.. Aku lupa Tuhan rupanya. Lagu ni aku cuba terima keadaan aku yang aku kena 'dumped' sebab hal yang tak dapat dielakkan. Aku tahu dia tak bisa. Sengaja aku tulis untuk hapuskan rasa sayang aku pada dia. Lagu ini aku tak tujukan untuk dia. Tapi untuk motivate aku. Andai takdir dia dengar, aku tahu dia akan benci aku. Plus, the song is requested. Aku ibarat wakil suara gadis2 yang menunjukkan protes terhadap lelaki yang tahu datang pergi. Macam saja nak uji perempuan ni lembik ke tak. Dan aku harap lagu ni mampu motivate gegadis yang tengah heartbroken di luar sana.


5- Apa Status Kita [08012014]

Lagu ni mendapat sambutan yang ramai. Aku pun tak sangka. Lagu ni sesuai untuk mereka yang ada crush. And of course aku pun ada sorang sebab tu aku cerita dalam lagu ni. Sebab kita sendiri pun tak tahu orang yang pernah rapat dengan kita tu ada rasa sama ke tak, sekurang-kurangnya bila kita cakap dan kena 'reject', rasa sakit tu macam tak pernah wujud.

6- Dirimu (Anugerah Dunia) [18012014]

Lagu ni pun aku ambil inspiration daripada 'dia yang lepas'. Sebab aku ikut perkembangan dia dengan senyap, maka aku tahu ada kadang kala ada benda tak baik berlaku dalam hidup dia. Pernah sekali aku beranikan diri hantar lagu ni kat dia untuk dia dengar dan fahami, tapi kena 'reject' jugak sebab dia bukan dia yang dulu. Secara tak langsung, aku sedar lagu ini hakikatnya untuk aku.

7- Andai Aku [16052014]

Hari masa aku rindu sangat dengan ibu dengan abah aku. Tulis masa anniversary mereka yang ke-22 pada 22/2. Tapi rasminya pada bulan 5. Hari masa aku tahu ada kawan-kawan dalam diam yang tabah kerana masalah darah daging sendiri tapi mengharapkan yang terbaik.

8- Bukan Wanita Biasa [27082014]

Ucap tahniah buat perempuan yang masih berdiri teguh sendiri. Lagu ni wujud sebab rasa insecure sebenarnya walaupun kadangkala hidup ini boleh membunuh tapi yang tak terbunuh itu buat kita jadi lebih kuat seadanya.

9- Menulis mimpi [20012015]

Masing-masing punya impian. Kecil besar kalau mahukan sesuatu dengan passionate, itu dikatakan impian. Tapi nak capai impian itu kena hadapi benda bangsat. Baru kau akan tahu kau mampu buat lagi baik lagi kedepan. Indikator potensi. Macam pembaris. Kau rasa kau boleh buat 1cm je tapi sebenarnya kau boleh buat 5cm tapi dalam nak capai 5cm tu terhalang dengan pembaris patah ke mata pensel patah pada 2cm ke atau pun tersalah garis tapi tak jumpa pemadam. Anologinya begitulah. Aku berani cakap sebab aku hadap juga benda yang sama. Semua atas kita. Kita yang tentukan untuk bikin impian itu jadi.

10- Harga [08022015]

Tema persahabatan juga. Tak perlu aku rasa nak simpulkan apa peranan kawan/sahabat. Inspire mula dari sambutan hari lahir aku kepada keluar sama-sama rakan lain. Terima kasih.







 *******



Fyyn Jamal pernah pesan
"Tulis lah dari hati supaya yang baca & dengar juga boleh rasai. Bukan kerana masa atau ilham yang dipaksa turut oleh kata..."

Amir Jahari kata
"Jangan pernah berhenti sebarkan sayap seni dengan cara kita"

Demi Lovato juga pernah komen
"Menulis lagu tentang seseorang bukan senang. Kita tak mahu lukakan perasaan seseorang dan saya tak mahu ianya berlaku. Tapi dalam masa yang sama ianya dari pengalaman peribadi dan bila lagu itu mendapat sambutan, saya akan rasa ' ermm.. minta maaf'..."


******


Terima kasih Tuhan kerana kelebihan.

ps: Untuk lihat lirik, boleh klik label. Untuk dengar lagu, boleh jelajah je soundcloud. Tq