07 Februari 2015
Kali ini post aku berbentuk bercerita dan bukan puisi.
Sebab aku pun tak tahu nak mula cerita tu macam mana jadinya aku biarkan gambar berbicara bersama penjelasannya.
Ini conversation antara excoursemates aku yang merancang nak kumpul,
jumpa dan hang out sama-sama.
Kebetulan yang jauh-jauh ni turun KL
termasuk aku.
Jumpa memang dah confirm, cuma tajuk 'nak ke mana' tu yang
jadi isu.
*********
Ini sesi berkumpul di depan rumah Bella Sharifuddin di Keramat.
Jam 10.45pagi aku drive dari kajang. Sampai asrama UTM kononnya nak ambik Fahmi Hamid (budak pegang GoPro) tapi dia kata dia dah ada dengan Daus.
Haih. Aku terus ke Keramat sebab si Bella dah tanya kat mana sebab dia terlampau lapar.
Dalam jam 11.45 camtu kami berkumpul termasuk Kamil Hafiz.
Waktu ni kurang sorang, sebab Adib Ramli tengah tunggu kat LRT Sri Rampai.
Si Eima yang aku sebut dalam whatsapp tu dia tak jadi nak join sebab dah pulang ke rumah di Johor.
*********
Dah ambil si Adib aku mintak Adib drive sebab dia lebih cekap drive.
Sebab dah bosan menghadap KL, kami sebulat suara pergi IOI Mall.
Masa ni Bella Sharifuddin jadi mastermind tempat sebab masing2 tak pernah tuju ke sana.
Mula perjalanan dalam pukul 12.15 camtu lah. Konvoi dua kereta. Adib, Bella naik kereta aku. Fahmi,Daus,Kamil naik kereta Kamil dan Daus jadi driver.
Kami berpecah di celah-celah jalan jammed lepas keluar dari DUKE nak masuk MRR2.
Berpandukan aplikasi WAZE pada iphone5 Bella Sharifuddin, kami selamat sampai di IOI Mall,Puchong. Tapi....
Expectation kami IOI Mall yang baru bukak tu.
Lantas aku google segera dan baru perasan yang IOI Mall ni wujudnya dua.
Satu IOI Mall Puchong. Satu lagi IOI City Mall, Putrajaya.
Yang paling tak boleh blah, bila Fahmi and the geng dah sampai IOI City Mall,Putrajaya tu.
Sebab Bella salah bagi information, dia minta maaf lepas tu suruh diaorang tuju ke Puchong. Hahaha.
Dalam setengah jam tu, diaorang selamat sampai. Kena cakap 'selamat sampai' sebab diaorang nyaris nak accident walaupun diaorang cuma nampak benda tu berlaku depan mata je.
Boleh tahan jugak si Dausfi ni rempit dengan kereta manual nya tu.
Okay. Masing-masing dah kebulur. Tuju lah kami ke Seoul Garden.
Makan sambil selfie itu perkara biasa dah dalam kalangan orang2 Melayu.
Makan sambil gosip tu pun perkara biasa jugak
tapi yang luar biasa nya bila gosip nya bersama lelaki.
Makan sambil nak fikir pergi mana lepas tu agak mengganggu perasaan enak.
*********
Selesai makan,selesai solat,selesai shopping dan cari kasut jogging Bella tapi tak dapat,
kami tuju ke Putrajaya.
Ini our last stop, sebelum dinner kat Red Chair, Danau Kota.
Kami lepak kat Dataran Putra, main motor elektrik rm10 (20minit) dan bubbles.
Dah 22tahun perangai budak-budak tu serupa takmau buang.. hahahaha! Sebab tak siapa kisah kan.
Penat. Tapi bab bergambar tak penat..
So far--
Aku seronok
Diaorang pun seronok.
Adib demam. Kesian. Masih hargai usaha dia datang nak jumpa.
Fahmi masih pertahankan status gila-gila dia.
Bella seperti biasa. Tak pernah diam mulut dia. Ada saja cerita
Daus masih pertahankan status 'sudah berpunya'. Sudah jadi milik orang satu hal. GoPro pun nak jadi milik dia. Ewah.
Kamil. Semakin berisi sebab dapat makan free.. hihihihi..
Terima kasih atas momen hebat ni.
Aku ada buat quotes untuk momen ni. Nak baca sila rujuk IG aku ya. Acehh..
Credit photo&video to: Dausfi