Saturday, 28 February 2015

Aku Cinta Cita Episod 2

Manusia hakikatnya
Meletak cita yang indah sebelum sampai
Di penghujung usia
Tak kira jutawan kaya
Atau penjenayah maya
Mungkin ada yang sempat capai
Mungkin ada nasib citanya
Dibawanya ke arah lain.

******

Saat aku mendengar cerita ibu
Yang dahulunya memasang impian menjadi juruhebah di corong
Gelombang bunyi angkasa
Atau kira-kira wang--
Dek kerana kekangan kehidupan yang dulunya
serba serbi susah
Dia kini menjadi ustazah
Suka atau tidak
Dia pasrah--

Dan abah pula berbicara
Ingin jadikan penerbitan sebagai kerjaya
Hampir tercapai
Tapi tersadai
Rasionalnya aku kurang pasti
Tapi jiwa aku sepertinya aku tak nafi
Berbakti kepada tanaman telah meletakkan kepala keluarga ini menjadi
"kepala" pasukannya
Hanya satu rasa percaya.

******

Aku masih meletakkan satu cita-cita yang pasti
Yang tak pernah lari
Bersama kemahiran yang aku dukung
Malah disokong
Namun
Aku takut--
Kiranya cita itu aku tak dapat aku gapai
Apa aku mampu tempuh
Sebagaimana mereka yang tak pernah rapuh?

*****
Apa yang diyakini
Walau Tuhan itu menepati
Hasilnya tetap termaktub akan memberi faedah buat mereka yang lain
Selain kepentingan sendiri
Ini janji Tuhan.


Surah al-Imran ayat 54
Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan ALLAH sebaik-baik Perancang








No comments:

Post a Comment