Saturday, 11 April 2015

Yang benar, aku.

Yang menulis itu aku
Pasang surut aku titip dalam satu
Yang menulis itu aku
Kerana berjaya lepasi belenggu
Karya dari jiwa sendiri
Yang menulis itu aku
Carca marba bahasa aku tak kira
Yang penting rasa sama rasa
Nilai aku dari tulisan dan kata
Aku--
Yang banyak bicara tentang luasnya dunia  menyembunyi porak peranda--
Yang ingin didik waja dalam tiap-tiap hati manusia--
Yang sarkastik--
Yang jenakanya acah saja--
Yang rasa nestapa terdetik--
Tak kira apa--
Aku tak mahu hipokrit dengan madah
Kerana itu suara aku
Kerana yang menulis itu aku
Aku ialah tulisan itu.
Maka siapa rasa itu aku.
Ya itu aku.


No comments:

Post a Comment