Tuesday, 7 April 2015

Apakah Ego?

Ku  tahu kau rasa terkilan
Kerana si perwira cinta
Kau tahu kau bukan lagi harapan
Dan aku sudah menerima

Walau ku dilihat
Menyusuri hidupmu
Sebenarnya aku tersenyum
Dari jauh kau bahagia
Kau hampir kecapi satu mimpi

Maafkanlah aku
Langsung ku tak mampu mengadu
Dan ku mencuba
Bebaskan rasa rindu
Yang tak kesampaian
Dibelenggu benciku

Dan kusedar mana layaknya
Untukku ajukan padanya.

[06042015]


--------


Aku cuma sembunyi rasa rindu dengan benci. Ego ke tu?


No comments:

Post a Comment