Terganggu tumpuan saat kau kira bintang di langit
atau
tercari mana kerdip bintang yang kilau memilau
atau
terbayang bila bintang itu menghiasi laman langit
idealnya bersama sang purnama--
Semua itu kau buat
untuk pastikan impian kau masih di situ
Kekal--
Maka aku ingin bertanya
Perlukah kau rasa bangsat sekarang?
Dek kerana ragam si bintang?
No comments:
Post a Comment