Nampak aku sedang berbisik nama kau pada hati yang tak mati?
Angan-angan saja rupanya yang aku ukir.
Zahirkan kata tak mudah
Relapkan rasa bagi berkilau supaya kau sedar apatah lagi
Ungkapan misteri ini andainya kau nantikan
Lupakanlah kalau kau ketahuan dan tak terima.
Halusinasi ini
Akan aku terus bermain
Ziarahi fantasi tanpa harapan
Waras lagi. Aku masih aku.
Anjak dan ajaklah aku ke realiti
Natijahnya aku mampu berdiri sendiri.
Ini bukan obsesi.
Sudah lama aku pendam dalam
Sengaja aku karamkan
Tiba ia muncul kembali.
Mohon jangan kau takut.
Aku akan lepaskan
Kira kau sudah mempunyai kesayangan.
Biar perasaan ini
Berlayar pergi nanti
Terdampar di mana-mana.
Thursday, 9 October 2014
Friday, 3 October 2014
Ironik.
Disebalik kotaraya ini
Dalam kalangan mereka riang gembira
Bakal meniti hari bahagia
Mencari apa apa sebagai tanda hari makna
Terlihat senyuman yang tak lekang--
Pastinya teruja--
Dalam pada itu
Terbayang muncul wajah dulu
Yang segak bergaya
Dengan baju melayu putih
Menunggu detik itu
Berjabat tangan
Hingga ucapan 'sah' dimaktubkan
Lisan oleh wali dan saksi--
Doa syukur dipanjatkan
Kerana jodoh telah ditemukan
Untuk menemani hari-hari mendatang--
Saat cincin disarungkan
Ke jari manis si gadis
Tanda janji terpatri
Dia sebagai isteri--
Biarlah air mata gembira itu berbicara
Sungguh aku tak dapat bayangkan
Apa yang aku rasa nanti
Melihatkan kau disisi
Bersama seorang wanita
Yang hakikatnya
Bukan aku--
Dalam kalangan mereka riang gembira
Bakal meniti hari bahagia
Mencari apa apa sebagai tanda hari makna
Terlihat senyuman yang tak lekang--
Pastinya teruja--
Dalam pada itu
Terbayang muncul wajah dulu
Yang segak bergaya
Dengan baju melayu putih
Menunggu detik itu
Berjabat tangan
Hingga ucapan 'sah' dimaktubkan
Lisan oleh wali dan saksi--
Doa syukur dipanjatkan
Kerana jodoh telah ditemukan
Untuk menemani hari-hari mendatang--
Saat cincin disarungkan
Ke jari manis si gadis
Tanda janji terpatri
Dia sebagai isteri--
Biarlah air mata gembira itu berbicara
Sungguh aku tak dapat bayangkan
Apa yang aku rasa nanti
Melihatkan kau disisi
Bersama seorang wanita
Yang hakikatnya
Bukan aku--
Redha--
Namun
Aku teruskan jua
Mencari apa yang ditentu ilahi
Di samping melihatkan ragam mereka
Memuaskan hati sendiri
Dengan persiapan segala segi
Sekurang-kurangnya aku masih di sini
Di kotaraya ini--
Senyum terkenangkan
Apa yang mereka bakal hadapi
Apa akan aku bakal kecapi--
Ya--
Namun
Aku teruskan jua
Mencari apa yang ditentu ilahi
Di samping melihatkan ragam mereka
Memuaskan hati sendiri
Dengan persiapan segala segi
Sekurang-kurangnya aku masih di sini
Di kotaraya ini--
Senyum terkenangkan
Apa yang mereka bakal hadapi
Apa akan aku bakal kecapi--
Ya--
| Pergilah kau mereput dengan wanita pilihan kau di luar sana, Eddie. |
Friday, 19 September 2014
Kuasai resepi
Orang yang banyak makan garam ni
Sebenarnya dia terlebih makan garam
Dan pernah rasa sakit--
'Warning' untuk mereka
Yang baru nak belajar makan hujung sudu--
Adakala mereka suka letak perencah
Mana sedap jadikan 'hidangan'
Mana kurang enak
Bikin sampai jadi
Untuk kemudian hari--
Kadang-kadang rasa tak selera dengan hidup sendiri
Mungkin sebab tak ada penambahbaikan--
Jangan fikir tentang selera orang lain
Kita yang menginovasi hidup kita sendiri
Sampai boleh kata 'ummmmphhhh.. Best nya'
Hanya kita--
Belajar untuk kenal dunia
Kenal hidup
Daripada orang lain.
Pengalaman itu penting untuk dijadikan pengajaran.
Sebenarnya dia terlebih makan garam
Dan pernah rasa sakit--
'Warning' untuk mereka
Yang baru nak belajar makan hujung sudu--
Adakala mereka suka letak perencah
Mana sedap jadikan 'hidangan'
Mana kurang enak
Bikin sampai jadi
Untuk kemudian hari--
Kadang-kadang rasa tak selera dengan hidup sendiri
Mungkin sebab tak ada penambahbaikan--
Jangan fikir tentang selera orang lain
Kita yang menginovasi hidup kita sendiri
Sampai boleh kata 'ummmmphhhh.. Best nya'
Hanya kita--
Belajar untuk kenal dunia
Kenal hidup
Daripada orang lain.
Pengalaman itu penting untuk dijadikan pengajaran.
Wednesday, 17 September 2014
Tengik
Kalau terjumpa insan yang tengik hatinya
Bantu dia direndamkan dalam solusi taubat
Biar berbau wangi sikit
Demi keselesaan dan kemaslahatan bersama--
Bantu dia direndamkan dalam solusi taubat
Biar berbau wangi sikit
Demi keselesaan dan kemaslahatan bersama--
Kalau dia tak menyenangkan kita,
Dan kita tak senang dengan dia
Tak salah pun kalau kita pulak menyenangkan dia.
Biar sama-sama senang.
Mudah.
Tak salah pun kalau kita pulak menyenangkan dia.
Biar sama-sama senang.
Mudah.
Tuesday, 16 September 2014
Dirimu (Anugerah Dunia)
Kau pernah melakar impianmu
Dan gambarkan kemahuanmu
Lukisan hidupmu yang terindah
Hanya hati mampu merasa
Tapi
Ketakutan
Mencelakan segalanya
Mengapa?
Mengapa kau mengalah?
Ini hidupmu
Hanya kau yang mampu menghadapinya
Ini harimu
Kau ukirlah dengan senyumanmu
Usah kau takut
Untuk jatuh bangkitlah semula
Disitulah anugerah dunia...
Sanggupkah kau ulangi semula?
Mencari mana silapnya?
Biarkanlah menjadi memori
Teruskan dan kembali beraksi
Cuba kekuatan
Mencapai segalanya?
Tabahlah
Tabah dan berserah..
Tuhan tahu dirimu bagaimana
Kau pun tahu ini kurnia.
[18012014]
----------------------------------------------------------
Lumrah sebuah kehidupan
Ada turun naik dia
Atas pada diri sendiri
Nak teruskan atau peluk tubuh
Buat impian jadi mati--
Dan gambarkan kemahuanmu
Lukisan hidupmu yang terindah
Hanya hati mampu merasa
Tapi
Ketakutan
Mencelakan segalanya
Mengapa?
Mengapa kau mengalah?
Ini hidupmu
Hanya kau yang mampu menghadapinya
Ini harimu
Kau ukirlah dengan senyumanmu
Usah kau takut
Untuk jatuh bangkitlah semula
Disitulah anugerah dunia...
Sanggupkah kau ulangi semula?
Mencari mana silapnya?
Biarkanlah menjadi memori
Teruskan dan kembali beraksi
Cuba kekuatan
Mencapai segalanya?
Tabahlah
Tabah dan berserah..
Tuhan tahu dirimu bagaimana
Kau pun tahu ini kurnia.
[18012014]
----------------------------------------------------------
Lumrah sebuah kehidupan
Ada turun naik dia
Atas pada diri sendiri
Nak teruskan atau peluk tubuh
Buat impian jadi mati--
Sunday, 14 September 2014
Gantung di tali iblis
Kau bangga
Segala impian kau
Terlaksana--
Segala impian kau
Terlaksana--
Mari aku soal
Sebelum Tuhan soal kau diakhirat kelak
Sebelum Tuhan soal kau diakhirat kelak
Apa tiang hidupmu?
Setelah bertahun kau bina
Tapi runtuh dek kerana
Hitam halus yang datang
Dalam jiwa--
Mendustakan apa yang nyata?
Guna pakai ghaib yang kau percaya?
Setelah bertahun kau bina
Tapi runtuh dek kerana
Hitam halus yang datang
Dalam jiwa--
Mendustakan apa yang nyata?
Guna pakai ghaib yang kau percaya?
Dan debu-debu syirik itu
Perlahan-lahan kau tiup
Kepada mereka hidupnya
Sempurna
Pada kau yang patut dihukum
Dengan kuasa arah yang ada--
Perlahan-lahan kau tiup
Kepada mereka hidupnya
Sempurna
Pada kau yang patut dihukum
Dengan kuasa arah yang ada--
Kasihan.
Akal dan hati Tuhan bagi
Tapi kepada iblis kau beraksi.
Kasihan.
Akal dan hati Tuhan bagi
Tapi kepada iblis kau beraksi.
Kasihan.
| Jangan syirik |
Hati tiga tahun
Tiga tahun.
Simpan dalam-dalam.
Sebab diluarnya
Untuk yang lain--
Saat ia dimiliki
Maaf kerana tak menjengah selalu
Kerana aku yakin
Yang memiliki itu pasti bersatu--
Simpan dalam-dalam.
Sebab diluarnya
Untuk yang lain--
Saat ia dimiliki
Maaf kerana tak menjengah selalu
Kerana aku yakin
Yang memiliki itu pasti bersatu--
Tiba ia terlepas
Dan jatuh lalu pecah
Sikit-sikit aku kutip serpihan itu sendiri
Lukanya aduhai--
Dan jatuh lalu pecah
Sikit-sikit aku kutip serpihan itu sendiri
Lukanya aduhai--
Namun
Dalam serpihan itu
Masih terjaga rapi apa yang di dalam
Mungkin belum sampai masa
Untuk aku tempatkannya di luar--
Gigih aku cantumkan semula
Untuk jadi lebih sempurna
Lindung.
Tapi retaknya masih jelas ada--
Dalam serpihan itu
Masih terjaga rapi apa yang di dalam
Mungkin belum sampai masa
Untuk aku tempatkannya di luar--
Gigih aku cantumkan semula
Untuk jadi lebih sempurna
Lindung.
Tapi retaknya masih jelas ada--
Ajaib.
Kuasa dari rasa di dalam itu
Mampu mengubat semuanya
Seperti jadi baru--
Aku tak pasti
Sama ada rasa itu mampu bertahan
Ataupun bakal beralih arah jua
Kuasa dari rasa di dalam itu
Mampu mengubat semuanya
Seperti jadi baru--
Aku tak pasti
Sama ada rasa itu mampu bertahan
Ataupun bakal beralih arah jua
Aku cuma takut--
Aku rapuh
Memikirkan tentang kau dari jauh
Sedang kau tengah rapuh juga
Memikirkan tentang orang lain dari jauh.
Aku rapuh
Memikirkan tentang kau dari jauh
Sedang kau tengah rapuh juga
Memikirkan tentang orang lain dari jauh.
Apa yang pasti
Yang didalam itu untuk kau saja
Setakat ini--
Dan aku harap
Tindakan aku tak salah
Andai Tuhan izinkannya--
Dan maafkan aku
Kerana sayang kau dalam diam.
Tiga tahun..
Yang didalam itu untuk kau saja
Setakat ini--
Dan aku harap
Tindakan aku tak salah
Andai Tuhan izinkannya--
Dan maafkan aku
Kerana sayang kau dalam diam.
Tiga tahun..
Subscribe to:
Posts (Atom)


