Sunday, 14 September 2014

Gantung di tali iblis

Kau bangga
Segala impian kau
Terlaksana--

Mari aku soal
Sebelum Tuhan soal kau diakhirat kelak
Apa tiang hidupmu?
Setelah bertahun kau bina
Tapi runtuh dek kerana
Hitam halus yang datang
Dalam jiwa--
Mendustakan apa yang nyata?
Guna pakai ghaib yang kau percaya?
Dan debu-debu syirik itu
Perlahan-lahan kau tiup
Kepada mereka hidupnya
Sempurna
Pada kau yang patut dihukum
Dengan kuasa arah yang ada--

Kasihan.
Akal dan hati Tuhan bagi
Tapi kepada iblis kau beraksi.
Kasihan.


Jangan syirik

No comments:

Post a Comment