Saturday, 31 December 2016

Celaka kau, manusia arif kononnya.

Tengoklah jari sendiri
Ada nak samakan jari hantu dengan ibu jari
Mungkin pada tingginya -- mustahil
Mungkin juga pada peranannya-- mustahil

Tengoklah diri sendiri
Ada nak samakan diri ini dengan orang yang hebat segala segi
Belum sampai masanya-
Aku biasa
Cuma aku mohon supaya kau terima saja
Jangan membeda-beda hebatnya siapa
Aku cuba.
Bukan tak cuba
Nah jari hantu buat mereka yang buang masa
Perbandingan kau tak membantu orang untuk maju



Sunday, 4 December 2016

Maaf

Aku yang pilih untuk sakitkan diri sendiri

Meditasi

Aku sekarang sedang menyepikan diri bersama alunan bunyi dan kata-kata.
Lagu saja yang faham rasa celaka aku.
Aku elak burung biru selama satu minggu
Undur.
Selagi perasaan aku belum hilang,
selagi itu aku takkan hadap dia.
Malu--

Tuesday, 23 August 2016

Aduhai

Kalau ada orang tanya siapa lelaki pilihan hati aku
Tak kisah la dia kampung ke
Hidup gaya kota
Atau bukan gaya pak ostad.
Aku tak demand banyak.
Tolong jawab bagi pihak aku
Dia lelaki yang berilmu.

Sebab pada aku
Orang 'educated' tu menarik dan tertarik.

Thursday, 18 August 2016

Same Old - Same Old

Been thinking about the dismal
Met with a damn angel
And hurt by the same evil
Sometime, this heart went brattle.

Somehow i looked at the different angle
Didn't mind about feeling would go baffled
It was the time to light up the candle
To find a way surviving in the dark and brutal tunnel.

Walking through it just like a dream
But it's real and mainstream
The dreadful feeling flows in my bloodstream
Cut it out as the best life is waiting to be redeemed.


Over the years i learned the lessons
The damn life can be beaten
By putting myself with the people love me
From family, best friends until the-artist-wannabes
I care. They share.
This love is fair and square.


The reason why i love being single after i've been dumped?
Because this beautiful life ask me to jump from the dump
I don't want to stay there forever
Because i know i'm not some kind of the dumpster
There are my dreams are still waiting in the sky
Why I should wait for someone to make me fly?
And I've got my own wings
I gonna spread it like it's a blessing.

I'm doing this for me
Not for thee--


Mengerti?

PS: Boleh mingle.






insecure is bullshit.

Tuesday, 29 March 2016

Witness the Miracle #7 : Jadi Penulis Lagu

Kerana melodi itu indahnya pelbagai
dan berjaya memutik hati-hati yang sunyi
Aku cuba semaikan sesuatu dengan cara aku.
Tulis lagu dan diterima mereka.


Sumber gambar: http://www.charliemccarron.com/2013/11/indie-film-composing-with-brooke-derosa/

Tuesday, 15 March 2016

Break the Stereotype.

Ada mata-mata lain
Sengaja mengabui dengan kejahilan
Melihat apa yang tidak perlu dilihat
Dan tidak memandang apa yang perlu dipandang.
Pecah tembelang.


Sumber Gambar: http://chaichalk.com/senseless-stereotypes




Monday, 29 February 2016

Witness the Miracle #6 : Pandai Main Piano

Kerana kagum dengan mereka yang mampu menekan kunci hitam putih ini
Maka keterujaan aku tidak dapat dibendung
Untuk belajar,cekap dan tahu
Supaya melodi disusun tidak pincang.


The sememeh profesor sedang acah.


Less is more

Kerana yang mudah itu menyenangkan
Maka segala bentuk buku maya aku diubah suai
Tidak padat
Yang melihat juga tidak berat
Walaupun ianya tidak perlu daya untuk memikul.
----


290216 muka baru blog. 4 tahun sekali baru tukar.

Saturday, 27 February 2016

Thursday, 18 February 2016

Sekonyong-konyong Penghapusan Melankolia

Lagak aku mungkin berani
Tapi sebenarnya aku takut kalau selam ke sudut nurani---


Sumber: www.psychologytoday.com

Diri sendiri sudah mula bertindak kejam
Membelenggu azam
Mencuba bunuh tiap sudut keyakinan.
Perih juga berjuang seorang
Mereka juga mungkin tidak bisa sokong
Walau katanya meniti setiap tapak yang longlai
Dan aku duduk diam
Mengira berapa takut yang aku kumpul
Buang masa



Sumber: borderlinepersonalitybliss.wordpress.com

Apa aku perlu terus lari daripada dijejaki oleh ketakutan tuli?
Atau aku perlu hadap dan terus serang balas dengan harga diri?
Rasa takut itu takkan pernah mati.
Tak disangkal.
Tinggal
Cuma aku perlu tempatkan ia dalam satu sudut yang lebih afdhal
Hanya Tuhan

-
-
-

Wahai keyakinan jangan kau sepi jangan kau hilang
Mohon kau pulang
Aku perlu hidup senang
Aku tidak mahu tumbang--


Sumber: www.lifehacks.org