Thursday 18 February 2016

Sekonyong-konyong Penghapusan Melankolia

Lagak aku mungkin berani
Tapi sebenarnya aku takut kalau selam ke sudut nurani---


Sumber: www.psychologytoday.com

Diri sendiri sudah mula bertindak kejam
Membelenggu azam
Mencuba bunuh tiap sudut keyakinan.
Perih juga berjuang seorang
Mereka juga mungkin tidak bisa sokong
Walau katanya meniti setiap tapak yang longlai
Dan aku duduk diam
Mengira berapa takut yang aku kumpul
Buang masa



Sumber: borderlinepersonalitybliss.wordpress.com

Apa aku perlu terus lari daripada dijejaki oleh ketakutan tuli?
Atau aku perlu hadap dan terus serang balas dengan harga diri?
Rasa takut itu takkan pernah mati.
Tak disangkal.
Tinggal
Cuma aku perlu tempatkan ia dalam satu sudut yang lebih afdhal
Hanya Tuhan

-
-
-

Wahai keyakinan jangan kau sepi jangan kau hilang
Mohon kau pulang
Aku perlu hidup senang
Aku tidak mahu tumbang--


Sumber: www.lifehacks.org

No comments:

Post a Comment