Monday, 21 August 2023

New chapter : A bittersweet encounter

Malam ini aku kira antara "chapter paling bermakna" dalam pencarian cinta - satu perjalanan yang aku kira banyak sangat hal yang rumit dengan kecewanya, sakit hatinya, tapi disulami juga dengan keseronokan yang aku tak jangka.

Lepas 10 tahun aku dating dengan orang yang salah, aku jumpa seseorang yang pada aku agak berbeza sikit daripada yang lainnya.

Semuanya bermula dengan simple random swipe je. Dia ajak aku untuk teman dia pergi tengok wayang. Jujur aku cakap aku agak hesitate juga pada mulanya sebab aku takut aku jatuh dalam loop yang sama. Dan of course aku concern akan keselamatan aku juga. Tapi entah lah. Thiere is something about this random man (probably sincerity) yang buatkan aku untuk take the chances.

Petang tu pada aku penuh ketenangan. Saat kami berjumpa, aku rasa kehangatan dan keramahan dia. Aku dah totally lupa tentang keraguan yang mendesak dalam fikiran aku sebelum ni. Saat kami berjalan seiringan dan berpegangan tangan, aku rasa safe dan selesa.

Berlatarbelakangkan wayang yang menyemaikan lagi connection kami, ada lah moments yang aku rasa aku dah lama tak dapat setelah 10 tahun - bergelak tawa, pandangan yang bertaut, suapkan pop corn, jad kissing. Aku tak tahu lah apa yang aku seronok sangat tapi aku seronok sebenarnya. It was truly defined the night. Belum lagi saat kami berkongsi ais krim, masa tu kami berpeluang untuk berkongsi apa yang ada dalam jiwa masaing-masing, berkongsi impian dan goals juga exposing our vulnerabilities.

Petang yang sangat indah yang pada aku rasa macam ada possibility antara kami tapi aku takut untuk mengakui. Sedar tak sedar, kami spend hingga larut malam tapi sangat singkat bagi kami. Sebelum pergi, dia meninggalkan aku dengan cumbuan mesar di bibir dan dahi. Sesuatu yang jelas aku tak dapat ungkapkan sebenarnya. Aku mengawal semuanya dengan expectation semua ini akan berakhir tidak lama lagi.

Tapi ye lah. Dalam kemanisan itu, ada pahit kebenaran yang muncul - Dia tak bersedia untuk sebarang komitmen perhubungan. Walaupun kami tak nafikan memang ada chemistry antara kami dan dia tahu ada possibility dalam perhubungan tu, dia masuh teguh dengan pendirian untuk tidak go further. Daripada side aku, tak mengapalah. Aku pun dah expect dengan aku yang dia memang tidak berminat dengan aku.

Tapi at least aku rasa yang bersyukur aku ada moment indah yang aku tak dapat aku lupakan setelah 10 tahun lamanya. Kehadirannya mengingatkan aku yang kasih sayang itu berbaloi untuk dicari.

Dan aku sedar yang aku enjoy the accompany dan aku harapkan andai ada masa, aku nak jumpa dia lagi.

Saturday, 1 July 2023

Closing the chapter of us

 

Tiada cerita panjang. Cuma cerita tentang kau sudah mula melabuhkan tirainya.Menyedari hakikat yang Tuhan sudahpun tunjuk aku jawapan, tiada apa lagi yang ku harapkan melainkan berdamai dengan apa yang telah ditakdirkan.

Semoga kau bahagia di sampingnya dan aku mungkin aku akan cuba membuka lembaran baru. Terima kasih kerana jadi sebahagian daripada cerita hidup aku yang seberapa ini

Wednesday, 8 June 2022

Kehadapan kau di masa depan

Kehadapan kau di masa depan,

Nama aku Zabirah.

Seiring dengan nama, aku memang dilahirkan dengan "kekuatan."

Lirik, lagu dan tulisan ialah senjata aku.

Kehidupan adalah medan perang aku.

Menjadi diri aku ialah kemenangan aku.

Aku belum mampu peroleh kebahagiaan aku yang terbesar. - kasih sayang

Jadi, benda-benda kecil yang datang dalam hidup aku itu lah kebahagiaan aku.


Contohnya,

Dapat minum kopi kegemaran aku - Mocha Ais Kee Nguyen atau kopi o kampung. Lagi bahagia kalau ada nasi ayam penyet atau nasi lemak atau soto nasi kat tepi.

Kemas bilik sebab aku suka tidur.

Berjalan di tengah bandar berteman cahaya yang cantik dan tangkap gambar untuk aku bercerita dari sisi indahnya dunia ini

Dapat pakai minyak wangi kegemaran aku, Gingham atau Open Sky dari Bath & Body Works dengan gaya aku persis gaya lelaki. Hoodies, cap, jacket, overall, sneakers. Shawl hitam berjuntai. Itu datang dari aku.  Pakaian wanita hanya untuk hari tertentu. Tapi aku bimbang kalau aku terus berpakaian wanita, kau yang jatuh hati tanpa sedar.

Mungkin nyanyi lagu kegemaran kau dengan gitar atau piano secara langsung?

Dapat masakkan sesuatu walaupun aku ni takde lah cekap masak

Wayang? Aku bukan orang wayang sangat. Tapi bila ada rasa nak berfantasi, aku cari. Pernah minat cerita cinta Mat Salleh tapi bila aku kena terima realiti tak seindah 'movie', jadi aku berhenti. Cerita hantu akan aku tolak awal sebab aku tak suka terperanjat yang bikin aku lemah semangat. Tak takut. Cuma lemah.

Kalau aku ada duit, aku banyak labur untuk diri sendiri. Sebab banyak perkara yang aku nak buat masa kecil dan aku rasa itu pencapaian aku.

Kalau aku merajuk, kau jangan bimbang. Aku merajuk tak ambil masa lama. Kalau kau tak pandai pujuk pun tak mengapa. Aku dah biasa pujuk diri sendiri. Tapi andai ada takdir kita, izinkan aku keluar ke rumah dan pandu kereta untuk ambil angin. Aku taknak susahkan kau untuk pujuk aku sebab aku dah biasa berdepan dengan mencari bahagia aku sendiri.

Walau bagaimanapun, kau kena tahu. Aku jenis outspoken. Aku nak perhubungan kita sihat sebab aku jenis sensitif sikit dengan orang yang tinggi suara. Aku memilih untuk duduk & bincang. Kalau nak pujuk aku dengan bunga, aku ni bukannya orang bunga sangat tapi aku suka baby breath

Aku suka sentuhan sebab itu yang buat aku rasa aku disayangi dan selamat. Dari kecil aku tak pernah dapat. Jadi, peluk aku saat kau rasa tertekan dengan hidup ni. Peluk aku kalau kau perlukan sokongan. Kucup aku kalau kau perlu atau nak memberi kasih sayang. 

Buat kau masa depan yang tak pasti..

Aku tau ini angan-angan aku saja. Ketahuilah realitinya, emosi aku perlukan sokongan. 

Sunday, 20 March 2022

 Jadinya begitulah.

Aku hanya mampu sayang kau dalam diam. 

Tuesday, 7 September 2021

Membukukan kehidupan hari hari

Ada berbaki lagi tiga bulan, tak bermakna aku nak habiskan masa untuk duduk diam dan tak jadi produktif seperti selalu. 

Jadi, aku mula menulis journal. Banyak perkara yang aku nak tulis sebab banyak benda aku nak buat.


Pertama:- 

Aku nak buang benda yang negatif yang buatkan aku gagal


Kedua:-

Attachment aku hanya diri aku, hati aku dengan Allah saja. Aku nak berbual dengan tulisan aku. 


Ketiga:-

Distraction. Defense mechanism aku ialah gelak tawa aku. Kalau aku sedih, aku kena gelak. Hati aku kena geli-geli juga. Bila aku dah tulis dan aku baca balik, mesti aku tertawa lagi.



Setiap dari apa yang aku belajar hari tu, aku rekodkan secara jelas dan cantik pelik. Kenapa nak cantik pelik? Sebab aku suka. Bila cantik pelik ni, aku nampak jelas dan menarik hati.

Jadinya… bismillah. 

Sunday, 29 August 2021

Berjalan dalam dunia ni dipanggil kehidupan.

Tapi dunia ni kejam.

Banyak sangat kotornya. 

Jadi, kehidupan kitalah yang perlu kita cantikkan.

Lagipun dunia ni bukan untuk kita.

Hemm.

Saturday, 28 August 2021

Favourite Movie Quotes - Laila Isabella

“Kau apa tahu? Dalam dunia ni, yang pelik tu la yang bagus.Baru la hidup kau tak bosan. Setiap kali kita akan jumpa benda baru yang berlaku kan?” -Laila

 Kau tahu tak laila. Hidup kita ni macam anak panah. Kita dah ada sasaran dah. Tepat-tepat sasaran tu. Kita dah 'aim' bagus sasaran tu. Tapi bila ditiup angin, anak panah tu menyimpang jauh dari sasarannya. Lain yang kita nak, lain yang kita dapat. Suka ke, tak suka ke, terpaksa kita terima. Walau apa pun jadi, hidup mesti diteruskan. Hidup mesti berani terima kenyataan. Berani menghadapi baik ke. Buruk ke. Jalan terus. Jangan toleh belakang.  ” - Azam

“Ahhh. Aku je teringat kat dia. Dia entah ingat aku ke tak..” - Laila

“Hati dan perasaan memang tak boleh nak dipaksa. Kalau dah tersuka, tak boleh nak buat macam mana..” - Laila

“Kalau ada, adalah. Kalau takde nak buat macam mana. Semua tu kerja Tuhan..” - Laila

“Zam. Kalau kau taknak aku pergi, kau cakap. Aku tak pergi..” - Laila

“Aku harap, kau berjaya dapat apa yang kau nak..” - Azam

“Mak. Betul kata mak. Cinta memerlukan pengorbanan.” - Azam