Saturday, 27 February 2016

Thursday, 18 February 2016

Sekonyong-konyong Penghapusan Melankolia

Lagak aku mungkin berani
Tapi sebenarnya aku takut kalau selam ke sudut nurani---


Sumber: www.psychologytoday.com

Diri sendiri sudah mula bertindak kejam
Membelenggu azam
Mencuba bunuh tiap sudut keyakinan.
Perih juga berjuang seorang
Mereka juga mungkin tidak bisa sokong
Walau katanya meniti setiap tapak yang longlai
Dan aku duduk diam
Mengira berapa takut yang aku kumpul
Buang masa



Sumber: borderlinepersonalitybliss.wordpress.com

Apa aku perlu terus lari daripada dijejaki oleh ketakutan tuli?
Atau aku perlu hadap dan terus serang balas dengan harga diri?
Rasa takut itu takkan pernah mati.
Tak disangkal.
Tinggal
Cuma aku perlu tempatkan ia dalam satu sudut yang lebih afdhal
Hanya Tuhan

-
-
-

Wahai keyakinan jangan kau sepi jangan kau hilang
Mohon kau pulang
Aku perlu hidup senang
Aku tidak mahu tumbang--


Sumber: www.lifehacks.org

Tuesday, 1 December 2015

A Lonesome word

There's one girl---
Walking in the dark alone
Searching for the light but it seems gone
With another pretty light.
Haha!

Ironically
-- only moon and stars are willing
to be her friends
---
Hey Moon.
Thank you for not fading
Stay with me until i reach home.

Hey Stars--
Thank you for believing
and don't walk away.


Monday, 12 October 2015

Witness the Miracle #5 : Orang bagi lagu

Memang tak lari jiwa aku dengan lagu--
Aku harap satu hari akan yang bagi satu--
Lagu dari jiwa itu

Photo by: http://kiki-kit.deviantart.com/art/Rhythm-of-Love-Re-do-328884400

Monday, 5 October 2015

Sama-sama

Kerana persahabatan itu mulia--
Ada baiknya aku korbankan rasa suka ini
Demi kita--
Aku tak derita
Kau bahagia--
Boleh?


Monday, 28 September 2015

ABAH DENGAN AKU

SEKIAN KALI AKU MELARIK CORAK KE ATAS HELAIAN PUTIH ITU,
HATI AKU MENANGIS.

TERINGAT DIA ANTARA BAHAGIA
MELIHAT GENERASI DIA BERTAPAK KEPADA MINAT SAMA

KECEWA LAGI DATANG PADA AKU
MENAMPAR PADA TIAP SISI ANGGOTA USIA
BILA DIA YAKIN AKULAH PERSIS SI DIA
PADA HAKIKATNYA--
TIDAK--
AKU BUKAN DIA.

PASRAH TAPI GHAIRAH
AKU CUBA TABAH
UNTUK LIHAT DIA TERUS PERCAYA
INI BUKAN ADA-ADA
KERANA AKU SERING PERBAHARUI RENJISAN, LAKARAN ITU
DENGAN KEMAMPUAN
YANG CEMERLANGNYA PADA TAHAP HINGUSAN
UNTUK MENJADI SATU KEBANGGAAN.

ABAH--
DOAKAN AKAK TERUS BERJAYA UNTUK CAPAI HAJAT ABAH.


Tuesday, 7 July 2015

Inspirasi

Saatku tak mampu bertahan
Dan arah tujuku hilang
Tersungkur oh tiada berteman
Untuk memimpin dan bawaku pulang

Kucuba buka mataku
Hanya kelam yang sama
Tapi mata hatiku
Terbayangkan siapa
Dalam terkapai aku terbawa
Terbawa bersama dia
Yang aku kagumi
Dia inspirasi.

Saat aku semakin kecundang
Kau hadir memujuk jiwa
Terjaga dari dilena angan
Engkau mencapai aku yang meraba.

Dimana kau pergi
Kau tetap disini
Teruskanlah begini karena
Tak sanggup aku bersendiri menyepi .

------

Tribute untuk mereka secara langsung atau tidak yang telah menjadi inspirasi aku untuk tempuh hidup dengan apa yang kita ada dan mampu,