Tuesday, 13 January 2015

Balik belakang Januari kelapan

Aku ke Kuala Lumpur pandu sendiri dengan niat nak cari ruang peribadi
Tapi diisi dengan sambutan hari lahir
oleh dua orang sahabat baikku, Nurul dan Sayuti.






Begitu juga dengan hari berikutnya--
Rancangan yang tak terancang
Sekali lagi hari aku diraikan
Walau sesat mencari arah tujunya
Seorang adik darah daging--
Seorang adik 'boleh nikah'--
Sangat hargai jasa mereka
Luang masa dan wang untuk diri yang tak punya apa

Karaoke--
Tiket free wayang cerita "Taken 3" dan "Seventh Son"--
Main bowling--
Dapat juga makan-- 
Bawa pusing-pusing ke bazar larut malam--






******

Dalam masa gembira--
Kadangkala masa lampau datang menerpa
Pada usia baru mencecah angka 20an
Aku terima kejutan dari 'orang sebelum orang lain'
Itu kenangan.

****** 




Khas kepada sesiapa sudi yang ucap ulangtahun kelahiran aku--
Baik ucap di facebook,twitter,wechat,whatsapp dan yang sudi call susah payah untuk ucap--
Sangat aku hargai sebab sanggup susah payah taip tiap2 aksara di skrin fon, atau keyboard laptop atau pc masing2, dan dail no.aku semata tanda ingatan.
Dan ya terima kasih atas doa kesejahteraan usia aku dan doakan impian aku tercapai.
Aku iring doa aku untuk kesejahteraan dan impian kalian juga.
Terima kasih.


Aku menanti detik usia aku kini tidak makin turun
Aku tunggu cabaran apa perlu aku tempuh lagi
Sebab aku tahu hujungnya habuan yang pasti.

 



Saturday, 29 November 2014

Lain. (Versi soal hati)

Mungkin dalam doa menyebut nama yang lain
Tapi muncul di matanya yang lain.
Mungkin yang lain kini serasinya ada
Mungkin yang lain itu hatinya langsung tak bicara
Mungkin juga yang lain-lain itu agenda Tuhan.
Usah pening kepala fikir.
Cuma berserah pada takdir.
Moga pendirian aku masih lurus dan tak lain.
Moga hati tak berubah kepada yang lain.

Friday, 28 November 2014

Witness the miracles #2: Jadi insan paling penting dalam hidup mereka

Sebab rasa diri dah tak mampu nak jadi
bagai sebutir permata di dalam hiasan kaca
Aku harap aku boleh jadi sebutir mutiara yang pada asalnya tak bersinar
tapi kemilau selepas diambil kira
Dan bikinnya jadi penting
Akan dicari bila tiada di pandangan--
Moga aku jadi orang yang terpenting
Dalam hidup segelintir manusia.



Saturday, 22 November 2014

Bukan Wanita Biasa

Telah tertutup aibku
Oleh hijab senyumku
Itulah kekuatanku

Diriku lemah di mana?
Mungkin kalah dikhianat jiwa
Bukan hakikatnya

Dan air mataku ini
Senjata peribadi
Tak akan kau berani tuk menghadapi
Dan tangisanku ini
Hanya sesaat saja
Terpisah sendiri
Yang dikacau selama--

Dan buktikan
Ku bukan wanita yang biasa
Yang menunduk sayu ke lembah derita
Ketahuilah
Aku lah wanita luar biasa
Dan mendongak syukur kepadaNya

[27082014]

-----------------------------------------------------------

What doesn't kill you makes you stronger.
This is us.
Girl. Woman.

PS: Demi Lovato antara inspirasi setiap wanita. Aku berhajat ingin jadi seperti dia dengan cara aku.







Rahasia.

Kecil zarah
Besar gajah
Semua pasti ada
Walau satu
Yang tak mahu orang lain tahu
Malu--


Wednesday, 19 November 2014

Sukar

Dulu kini selamanya mungkin
Untuk ucap satu kata saja
Hanya satu
TIDAK!



Tuesday, 11 November 2014

Persepsi

Masih rasa tak selamat
Penjara pertimbangan
Bolos bahaya
Bikin terundang kembali
Anggapan--
Sangkaan--
Bualan--
Dari seorang manusia
Yang bukan malaikat
Tentang jahilnya seorang aku
Hanya aku tak sengaja
Tumpahkan setitis biru nila
Kedalam putih bersihnya sebelanga susu
Yang pada aku tidak lah rosak--
Malah masih cantik bercorak--
Walau jauh mereka
Tak memandang--
Tak toleh--
Tak lihat--
Sedalamnya jiwa ini
Aku masih menjadi penilaian kini
Moga tak sampai bila-bila--
Moga--