Monday, 21 August 2023

New chapter : A bittersweet encounter

Malam ini aku kira antara "chapter paling bermakna" dalam pencarian cinta - satu perjalanan yang aku kira banyak sangat hal yang rumit dengan kecewanya, sakit hatinya, tapi disulami juga dengan keseronokan yang aku tak jangka.

Lepas 10 tahun aku dating dengan orang yang salah, aku jumpa seseorang yang pada aku agak berbeza sikit daripada yang lainnya.

Semuanya bermula dengan simple random swipe je. Dia ajak aku untuk teman dia pergi tengok wayang. Jujur aku cakap aku agak hesitate juga pada mulanya sebab aku takut aku jatuh dalam loop yang sama. Dan of course aku concern akan keselamatan aku juga. Tapi entah lah. Thiere is something about this random man (probably sincerity) yang buatkan aku untuk take the chances.

Petang tu pada aku penuh ketenangan. Saat kami berjumpa, aku rasa kehangatan dan keramahan dia. Aku dah totally lupa tentang keraguan yang mendesak dalam fikiran aku sebelum ni. Saat kami berjalan seiringan dan berpegangan tangan, aku rasa safe dan selesa.

Berlatarbelakangkan wayang yang menyemaikan lagi connection kami, ada lah moments yang aku rasa aku dah lama tak dapat setelah 10 tahun - bergelak tawa, pandangan yang bertaut, suapkan pop corn, jad kissing. Aku tak tahu lah apa yang aku seronok sangat tapi aku seronok sebenarnya. It was truly defined the night. Belum lagi saat kami berkongsi ais krim, masa tu kami berpeluang untuk berkongsi apa yang ada dalam jiwa masaing-masing, berkongsi impian dan goals juga exposing our vulnerabilities.

Petang yang sangat indah yang pada aku rasa macam ada possibility antara kami tapi aku takut untuk mengakui. Sedar tak sedar, kami spend hingga larut malam tapi sangat singkat bagi kami. Sebelum pergi, dia meninggalkan aku dengan cumbuan mesar di bibir dan dahi. Sesuatu yang jelas aku tak dapat ungkapkan sebenarnya. Aku mengawal semuanya dengan expectation semua ini akan berakhir tidak lama lagi.

Tapi ye lah. Dalam kemanisan itu, ada pahit kebenaran yang muncul - Dia tak bersedia untuk sebarang komitmen perhubungan. Walaupun kami tak nafikan memang ada chemistry antara kami dan dia tahu ada possibility dalam perhubungan tu, dia masuh teguh dengan pendirian untuk tidak go further. Daripada side aku, tak mengapalah. Aku pun dah expect dengan aku yang dia memang tidak berminat dengan aku.

Tapi at least aku rasa yang bersyukur aku ada moment indah yang aku tak dapat aku lupakan setelah 10 tahun lamanya. Kehadirannya mengingatkan aku yang kasih sayang itu berbaloi untuk dicari.

Dan aku sedar yang aku enjoy the accompany dan aku harapkan andai ada masa, aku nak jumpa dia lagi.

Saturday, 1 July 2023

Closing the chapter of us

 

Tiada cerita panjang. Cuma cerita tentang kau sudah mula melabuhkan tirainya.Menyedari hakikat yang Tuhan sudahpun tunjuk aku jawapan, tiada apa lagi yang ku harapkan melainkan berdamai dengan apa yang telah ditakdirkan.

Semoga kau bahagia di sampingnya dan aku mungkin aku akan cuba membuka lembaran baru. Terima kasih kerana jadi sebahagian daripada cerita hidup aku yang seberapa ini